Dengan kelajuan penuh Raisya membawa motor ketika menghantar pesanan. Dia tidak mahu di pecat. Jadi dengan nekad dia membawa motosikal dengan laju meskipun takut
Di tengah jalan raya yang penuh dengan kenderaan lain, Raisya memasuki satu simpang
dengan sangat laju. Tetapi, di sebabkan satu kereta yang melanggar lampu isyarat Raisya menjadi panik ketika hampir bertembung dengan kereta tersebutRaisya yang panik terus berpusing ke tepi dan akhirnya dia terjatuh di tengah-tengah persimpangan. Kereta itu pula terus memecut pergi daripada situ dan langsung tidak turun untuk melihat keadaan Raisya
"Argh... Bodohlah!" Maki Raisya. Pizza yang berada di dalam food delivery bag itu semua terkeluar dan bertaburan di atas jalan raya
Jelas riak wajah Raisya yang sedang menahan sakit akibat sikunya luka. Lututtnya pun berdarah akibat tergeser di atas jalan tar
Dengan kekuatan yang dia ada, Raisya bangun dan mengangkat semula motor milik kedai. Raisya memandang sekeliling dengan perasaan sedih, tiada seorang pun yang menolongnya ketika itu
Dia hampir menangis... Semua hanya memilih untuk melihat sahaja
Raisya tetap pergi ke rumah yang sepatutnya menerima pizza tersebut untuk memaklumkan bahawa pizza yang di pesan sudah kotor. Pintu rumah diketuk, dan Raisya hanya menunduk kerana tidak mampu mengangkat kepala. Dia takut
Apabila pintu rumah apartment itu di buka, Raisya terus memberanikan diri untuk membuka mulut
"Saya minta maaf... Saya terpaksa buang pizza yang Encik order, pizza tu dah kotor. Saya minta maaf" Ucap Raisya. Jelas dia sangat berasa bersalah sekarang
"Apa?! Kau tahu tak aku ni tengah lapar?! Aku dah tunggu daripada tadi kau tahu tak bodoh?!"
Raisya mencantum dan mengenggam kedua tangannya dengan kuat
"S...saya tahu saya salah" Gagap Raisya memohon maaf
"Kalau tak reti buat kerja, berhenti je la sial! Menyusahkan!" Pintu rumah tersebut di hempas dengan kuat sehingga membuat bahu Raisya terhinjut
Raisya yang tidak kuat. Terduduk lemah betul-betul di hadapan pintu pelanggan tadi. Teresak-esak dia menangis
"Satu dah selesai. Sekarang aku kena hadap bos pula" Keadaan motor yang susah tercalar itu lebih membimbangkan Raisya
Rasa sakit di siku serta lututnya di biarkan sahaja
Raisya mengesat air mata. Dia menarik dan menghembus nafas cuba untuk menguatkan diri sebelum berangkat balik ke tempat kerja
" Calar?! Motor tu calar?! Kau ni reti ke tidak bawa motor?!"
"Saya accident tadi bos, sebab tu la motor tu calar. Saya betul-betul minta maaf"
"Permohonan maaf kau tu tak boleh nak betulkan balik motor tu! Aku nak kau ganti balik!"
"Ganti? T... tapi saya tak ada duit bos" Jujur Raisya dengan nada sedih
"Kalau macam tu, aku pecat kau. Sekarang bla! Aku tak nak tengok muka yang bawa bala dalam kedai aku ni" Jelas kedengaran gelak tawa pekerja lain di telinga Raisya

YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...