Raisyed | 9

4.3K 219 6
                                    

Syed yang masih lagi dengan berpakaian kemas terus bergegas pergi ke tempat kerja Raisya tanpa berfikir untuk balik dan menukar pakaiannya terlebih dahulu. Di dalam fikirannya hanya ada Raisya sahaja ketika itu

Jujur, dia sangat merindukan Raisya

Di tengah perjalanan, Syed melihat dari hujung matanya sebuah kedai bunga yang baru sahaja di buka. Tanpa berfikir panjang, dia terus berpusing kembali dan berhenti di kedai tersebut

Syed berjalan masuk sambil melihat satu per satu bunga yang ada, tetapi tiada satu pun yang menarik di matanya

"Encik, Encik cari bunga apa?" Tanya pekerja di situ. Daripada tadi lagi dia memerhatikan Syed yang terlihat bingung

"Saya nak cari bunga yang paling cantik" Jawab Syed tanpa memandang ke arah pekerja itu. Dia terlalu sibuk melihat bunga-bunga yang ada disitu

"Semua bunga cantik, Encik" Terangkat kening pekerja tersebut selepas mendengar jawapan Syed. Bunga cantik? Semua bunga memiliki kecantikkan yang tersendiri, jadi dia bingung. Syed nak bunga apa sebenarnya?

"Saya tahu, tapi saya nak cari bunga yang cantik macam dia" Kata Syed sambil membayangkan kecantikkan Raisya 

"Dia? Maksud Encik, girlfriend Encik ke?" Pekerja tersebut terus tersenyum kecil. Syed betul-betul terlihat seperti sedang angau. Mabuk cinta katakan

Syed terdiam seketika sebelum menganggukkan kepala dengan laju.
Girlfriend konon

"Encik ada gambar dia? Mana tahu saya boleh tolong carikan bunga yang sesuai"

"Em... Kalau saya bagitahu ciri-ciri je tak boleh ke?" Kata Syed lembut. Nombor Raisya pun dia tidak ada, inikan pula gambar

"Boleh" Ramah pekerja itu menjawab

"Dia cantik sangat, senyuman dia pun cantik, dia comel, garang, dia kebahagiaan saya. Kalau saya singkatkan, dia sempurna, sempurna sangat" Ujar Syed dengan teliti

Pekerja tersebut mengangguk faham dan mula memikirkan bunga yang sesuai dengan ciri-ciri yang baru sahaja Syed sebutkan

"So, how about rose?"

"Bagi saya, rose macam dah biasa sangat sekarang. Lagipun, bila saya tengok bunga tu, saya tak teringat pun dekat dia. Saya nak bunga yang boleh buatkan saya teringat dekat dia"

Pekerja itu mengangguk sekali lagi. Ligat dia memikirkan bunga yang Syed mahukan. Kalau rose biasa, bagi bunga kertas je la

"Kalau tulip? Bunga tulip pun merupakan salah satu bunga yang cantik dan terkenal di dunia selain daripada rose" Ujar pekerja itu

"Tulip? Boleh saya tengok?"

Syed mula tersenyum kecil ketika melihat kecantikkan bunga tulip yang di bawa oleh pekerja tersebut. Setiap satu warna bunga itu diperhatikan tanpa berkelip

"Cantik..." Gumam Syed di dalam hati. Bila diperhatikan, warna-warna tersebut terlihat seperti mood Raisya yang berbeza-beza

"Warna-warna ni, ada makna ke?"

"Semestinya ada. Merah bermaksud cinta sejati, putih melambangkan permintaan maaf, kuning melambangkan harapan dan kebahagiaan bergitu juga dengan pink. Pink pun melambangkan harapan dan kebahagiaan tapi dia juga melambangkan rasa kasih sayang dan cinta" Panjang lebar pekerja itu menjelaskan semuanya. Syed fokus mendengar sambil mengangguk faham

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now