Raisya berlari seperti seakan-akan budak kecil menuju ke arah nombor bilik mereka. Dia sungguh teruja untuk melihat isi biliknya. Syed yang mengikut daripada belakang pun tidak berhenti tersenyum. Geli hati melihat gelagat isterinya
"Wah!" Ternganga luas mulut Raisya apabila memasuki bilik hotel mereka. Bilik yang luas dan menghadap pemandangan yang cantik itu membuatkan Raisya jatuh cinta
"Tutup mulut tu amore, nanti lalat masuk" Tegur Syed sambil berjalan melepasi Raisya, dia masuk terlebih dahulu dan membiarkan isterinya yang masih ternganga di depan pintu bilik
Raisya menjeling Syed sambil mengepalkan tangannya, Syed tergelak. Suka betul dia mengusik isterinya
"Pandai awak pilih hotel" Puji Raisya
"Of course" Bangga Syed menerima pujian daripada isterinya
"Kita nak buat apa dulu ni Imsayang?" Tanya Raisya dengan bersemangat. Terus hilang rasa nak marah Syed apabila teringat akan tempat-tempat yang bakal dia pergi
"Kita tidur" Jawab Syed dengan selamba
"Ha?" Raisya memandang suaminya dengan tatapan yang terkejut. Datang sejauh ini hanya untuk tidur? biar betul
Raisya tergelak kecil dan terus memukul bahu Syed. Dia menganggap Syed hanya bergurau sahaja, ataupun Syed memang sengaja ingin menyakitkan hatinya
"Betul-betul la Imsayang, kita nak pergi jalan dekat mana?" Tanya Raisya sekali lagi dengan kening yang terangkat. Dia menatap mata Syed tanpa berkelip. Nadanya serius
"Betul la, kita tidur la dulu ye amore. Saya penat" Ujar Syed sambil meminta simpati daripada Raisya dengan membuat muka yang kepenatan
Terasa gelap dunia Raisya ketika itu. Hilang sudah perasaan terujanya tadi
"Lepastu bila kita nak pergi jalan-jalan?" Riak wajahnya terus bertukar marah. Nada suara Raisya juga sudah berukar tegas
"Malam nanti" Jawab Syed
"Serius la? Malam? Lamanya" Raisya tidak berpuas hati ketika itu, dia mahu sekarang! Sekarang juga keluar dari hotel dan berjalan tanpa mengenal erti penat. Nasib Syed la dapat isteri degil
"Ye amore... saya serius ni" Lembut sahaja suara Syed. Dia juga terhibur ketika melihat wajah isterinya yang tidak sabar sangat mahu berjalan
Raisya mendiamkan diri dan terus pergi menyusun semua pakaian mereka. Selepas sudah siap menyusun pakaian, dia naik ke atas katil dan bermain dengan telefonnya
Dia langsung tidak menghiraukan Syed, merajuk dan marah pada masa yang sama
"Amore" Panggil Syed. Namun Raisya masih lagi mendiamkan diri. Wajah Raisya hanya ketat
Raisya tidak memandang mahupun menyaut. Lebih baik dia diam sebelum mulutnya mengeluarkan kata-kata yang tidak baik
"Amore" Panggil Syed lagi
"Ha" Jawab Raisya dengan tidak acuh
"Marah ke?"
Raisya menggelengkan kepala
"Merajuk?"
"Tak"
"Amore nak keluar kan"
"Ye saya nak keluar, kita datang sini bukan untuk tidur. Kita kena pergi jalan-jalan sampai kita dah tak boleh jalan"
Syed tergelak apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Raisya. Sampai tak boleh jalan eh
"Tapi sekarang saya penat, penat angkat beg amore yang macam nak duduk sini sebulan"
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...