Raisyed | 8

5K 229 1
                                    

Suasana majlis syarikat yang berlangsung sangatlah meriah. Syed, Syayden dan Syazwan hanya mengikuti sahaja langkah Tengku Zafran dan Puan Alia dari satu meja ke meja yang lain tanpa mengeluarkan sebarang suara

Mereka bertiga tidak berhenti tersenyum apabila di perkenalkan kepada orang-orang yang berada di situ, lebih-lebih lagi Syazwan. Dialah yang paling teruja

Sesekali Syed mengeluh dan sekaligus menayangkan riak wajah kebosanan. Meskipun suasana di majlis tersebut meriah, Syed tetap merasa bosan

"Tengku Zafran?" Satu suara yang sangat asing membuatkan Syed, Syayden dan Syazwan menelengkan kepala serentak ke arah suara tersebut

Dahi masing-masing berkerut ketika melihat orang yang menegur Tengku Zafran

"Ye saya" Ramah Tengku Zafran menyaut

"Nice to see you here, Tengku" Ujar orang tersebut sambil tersenyum lebar

Syed memandang Syayden dan Syazwan seketika sebelum bertanya kepada Puan Alia

"Siapa tu mummy?" Bisik Syed dengan suara yang perlahan. Matanya masih lagi melekat pada orang tersebut

"Entah, mummy pun tak tahu" Ujar Puan Alia lembut

"Same, oh let me introduce you to my son's and my wife. This is my wife Mrs. Alia and our son's Tengku Syayden, Tengku Syed and Tengku Syazwan"

Automatik mereka bertiga menayangkan senyuman manis sambil melangkah mendekati Tengku Zafran

"Syay, Syed, Wan"

"Ye daddy" Serentak mereka memandang Tengku Zafran

"Kenalkan ini Dato Zulkifli, owner syarikat yang bekerjasama dengan syarikat daddy" Ucap Tengku Zafran

Mereka hanya mengangguk faham dan  bersalaman dengan Dato Zulkifli

Puan Alia hanya tersenyum sahaja ketika melihat anak-anaknya. Merasa bangga kerana berjaya mendidik mereka dengan adab dan sopan

"Kamu semua dah berpunya ke?" Tanya Dato Zulkifli secara tiba-tiba dengan senyuman senget

Dengan kerutan di dahi masing-masing. Syayden, Syed dan Syazwan terus memandang Puan Alia yang berdiri di belakang mereka. Masing-masing mengharapkan Puan Alia yang menjawab bagi pihak mereka

"Kenapa ye? Ada yang berminat ke nak jadi menantu kami?" Tanya Puan Alia kembali dengan nada teruja

"Betul juga tu. Kau nak suggest kan sesiapa untuk jadi menantu aku ke?" Tanya Tengku Zafran pula dengan nada yang sama

"Kalau nak, boleh je. Aku ada anak perempuan seorang" Laju Dato Zulkifli menjawab

Syazwan mengukir senyuman nakal ke arah abang-abangnya. Suka dia dibuatnya apabila mengetahui bahawa Dato Zulkifli mempunyai anak perempuan

Syahmi dan Syed masing-masing sudah mengerutkan kening

"Lah ye ke? Siapa namanya?" Puan Alia seakan-akan berminat. Mana la tahu kalau boleh dijadikan menantu

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now