Syed masih lagi termenung sendiri di ruang tamu. Sudah lebih sejam dia duduk termenung di situ selepas pulang dari CU mart. Jujur, dia berasa cemburu kepada cinta pertama Raisya
Dalam diam, Syed tertanya-tanya akan rupa lelaki itu. Adakah lebih tampan daripadanya? Haih... Boleh botak kepala dia berfikir
"Aku rasa, aku lagi hensem. Walaupun aku tak pernah tengok muka lelaki tu, aku tahu aku lagi hensem daripada dia" Ucap Syed sendiri sambil melihat pantulan wajahnya sendiri pada kamera telefon
Syed bernasib baik kerana hanya dia sahaja yang berada di rumah ketika itu. Kalau Nadhmi dan Mikael ada, pasti dia akan di cop gila oleh mereka berdua. Tetapi kenyataannya, memang gila pun!
"Kembalikan rasa? Mati?" Ucap Syed sendiri. Dia mengulang kembali ayat Raisya yang sempat di tangkap. Apa yang bermain di fikiran Syed ialah maksud di sebalik kata-kata Raisya itu
Fikiran Syed melayang jauh. Kenapa tiba-tiba hatinya berasa seperti berbelah bahagi?
Syed benar-benar cintakan Raisya, tetapi mengapa sekarang dia berasa takut. Takut jika Raisya tidak dapat menerimanya dan dia juga takut sekiranya Raisya menerimanya tanpa apa-apa perasaan
Di tengah kesibukkan melihat wajah sendiri, tiba-tiba sahaja panggilan daripada Puan Alia masuk. Dengan pantas Syed menjawab tanpa ragu-ragu
"Assalamualaikum mummy" Ceria nada suara Syed memberi salam terlebih dahulu. Anak mak betul
"Waalaikummussalam, anak mummy busy ke malam ni?"
Syed tersenyum kecil tatkala mendengar suara Puan Alia
"Tak busy pun, kenapa mummy?"
"Bagus la kalau macam tu. Syed malam ni balik makan dekat rumah mummy ye" Ujar Puan Alia
"Okay mummy" Syed terus bersetuju tanpa membantah. Siapa je yang berani membantah mak sendiri, betul tak? Anak mak, mesti la harus patuh
Bersinar-sinar mata Syed membayangkan masakkan Puan Alia nanti. Meskipun dirinya pandai memasak, masakkan mummynya adalah yang paling terbaik. Tiada tandingan
Seketika apa yang bermain di fikiran Syed pada mulanya pun kian menghilang. Sekarang dia hanya sibuk memikirkan makanan sahaja
Tepat pada pukul enam petang, Syed pun tiba di rumah keluarganya. Dengan teruja Syed melangkah masuk selepas memberi salam
"Mana mummy dengan daddy?" Tanya Syed kepada Syazwan yang seperti biasa sedang duduk santai di ruang tamu
"Dekat dapur. Macam biasa, dating dekat dapur tu ha. Ingat sweet ke masak sama-sama" Jawab Syazwan sambil menjulingkan matanya
Syed tergelak. Dia melabuhkan duduk di sebelah Syazwan dan turut serta menonton televisyen
"Kau tu jealous kan sebenarnya. Ye la, tak ada isteri" Sindir Syayden yang baru sahaja muncul
Syazwan terus menatap wajah Syayden dengan tajam. Bila masa dia jealous? Dia tak cakap pun dia cemburu, sikit pun tak
"Diam la. Wan ni kalau nak cari isteri, tinggal petik jari je la. Ramai beratur" Dengan yakin Syazwan berkata
Syed yang sedang bersandar pada sofa berdehem menahan tawa. Syayden pula bersilang tangan sambil menatap Syazwan. Ternaik sebelah keningnya apabila mendengar apa yang Syazwan katakan. Confident tahap dewa!
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...