Raisyed | 35

3.3K 165 1
                                    

Akhirnya selepas sudah puas bermain bersama Haru dan Maru, Raisya pun terus naik ke bilik. Pintu bilik di buka dengan perlahan-lahan

Raisya melihat suaminya sudah pun tertidur sambil membelakanginya. Raisya mengeluh kecil. Menyesal kerana tidak mendengar kata Syed yang menyuruhnya untuk berehat tadi

Dan sekarang, suhu badannya meningkat semula. Mungkin ini adalah balasan kerana ingkar kata suami

"Imsayangg... dah tidur ke?" Tanya Raisya dengan lemah

Dia naik dan duduk di atas katil menghadap belakang badan Syed. Wajah Raisya pucat! Lebih pucat daripada pagi tadi. Itulah, degil lagi... Kan dah mendapat

Selepas mendengar sahaja suara lemah isterinya, Syed terus bertukar posisi

Daripada membelakangi, kini terus baring menghadap Raisya dengan mata yang masih lagi tertutup. Tangan didepakan seakan-akan memberi ruang untuk Raisya masuk ke dalam pelukannya

Raisya yang sudah seperti anak kecil pun masuk ke dalam pelukan Syed. Rambut Raisya terus di elus lembut

"Amore... Amore... Kenapalah degil sangat" Ucap Syed saat terus menerus mengelus rambut isterinya

Raisya hanya diam. Langsung tiada tenaga seperti tadi malahan lebih teruk sekarang

Badan Raisya yang semakin panas kini turut dapat di rasai oleh Syed. Kini, Syed membuka mata dan mengintai wajah Raisya yang terbenam di dada bidangnya

Pucat!

"Amore" Panggil Syed tetapi nampaknya Raisya sudah lena tertidur saat itu. Dia langsung tidak menyaut

Syed mengeratkan lagi pelukan. Belakang badan isterinya di usap lembut. Dia tidak boleh tidur dalam keadaan isterinya yang seperti ini

Matanya tetap segar dan Syed terus menerus melakukan apa yang sedang dia lakukan

Setiap masa Raisya akan merengek dan setiap masa juga Syed akan menenangkan isterinya dengan cara membaca surah-surah yang tertentu, terus menerus mengusap rambut serta belakang badan isterinya dan tidak berhenti dia berbisik

Syed sanggup berjaga semalaman hanya di sebabkan ingin menjaga isterinya

"Panas..." Rengek Raisya sambil dia merapatkan lagi badannya dengan Syed

Syed berasa gagal kerana tidak dapat mengurangkan rasa sakit yang di tanggung Raisya

"Shh... Saya tahu amore panas, saya minta maaf sebab amore kena tanggung semua ni sendiri. Saya harap saya boleh ambil semua rasa panas amore" Bisik Syed dengan mata yang sudah kian berkaca

"Saya nak amore sihat, saya tak nak tengok amore sakit macam ni" Bisik Syed lagi

Selepas sekian lama mengelus belakang Raisya, Syed akhirnya membuatkan keputusan untuk bangun, pergi mengambil kain yang di rendam bersama air suam seperti pagi tadi

Syed mahu memastikan suhu badan Raisya menurun secepat mungkin kerana dia sudah tidak sanggup melihat Raisya yang menggigil serta merengek panas berulang kali

Syed kembali dengan kain yang di maksudkan. Kain itu di letakkan di atas dahi Raisya dan selepas itu Syed memantau perkembangan isterinya

Pipi Raisya di elus lembut dengan riak wajah yang kerisauan

Mujur ketika jam sudah menuju pukul lima pagi, suhu badan Raisya kembali normal. Syed tersenyum gembira kerana akhirnya isterinya sudah tidak lagi terseksa menanggung sakit

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now