Raisyed | 2

8.2K 328 12
                                    

"TAK apa Rai, tak apa..." ucap Raisya sendiri. Berkali-kali dia mengulang ayat yang sama sepanjang dia berjalan mencari tempat perlindungan

Fikirannya kosong dan semuanya berubah gelap. Putus asa? Hampir, sangat hampir

Apa yang Raisya boleh lakukan sekarang hanyalah berlindung di tempat-tempat yang memang tersedia di sekitarnya sahaja. Langsung tidak dia hiraukan dimana sekalipun tempat tersebut

"Dekat mana aku nak tidur malam ni?" kata Raisya dengan perasaan gundah. Fikirannya runsing. Di mana harus dia pergi? Di mana harus dia berteduh dengan keadaan yang tidak berduit?

Sedang ligat dia berfikir, akhirnya terlintas juga sebuah idea di kepalanya

"Surau!" Raisya tersenyum lebar dan kemudian dia kembali murung. Matanya melilau ke seluruh tempat. Surau? Sangat jarang ditemui di sekitar situ

Mustahil untuk Raisya pergi mencari surau. Masjib pun sangat jauh, apatah lagi dengan surau

"Taman... Aku boleh duduk situ dulu. Taman kan ada pondok" muncul lagi idea di kepala Raisya

Dengan riak wajah yang kepenatan Raisya berjalan kaki menuju ke taman-taman yang terdekat

"Hai adik manis" langkah kaki Raisya terhenti tatkala laluannya dihalang oleh sekumpulan lelaki yang sudah sedikit berumur

"Manis kepala otak kau" balas Raisya kembali dengan dingin. Nada suaranya ketika itu sangatlah kasar

"Wah garang. Abang suka"

"Bini kau pun mesti suka kalau tahu yang sekarang ni suami dia tengah menggatal dekat publik" balas Raisya lagi. Raisya langsung tidak menunjukkan sebarang riak yang menampakkan dia takut dengan mereka

"Janganlah garang sangat" ucap salah seorang dari sekumpulan lelaki tersebut

Mata Raisya memandang mereka semua dengan tatapan jijik. Tidak padan dengan tua, masih lagi ada keberanian untuk menggangu orang muda

Salah seorang daripada mereka mula bertindak untuk menyentuh lengan Raisya. Tetapi belum sempat jarinya menyentuh kulit Raisya, Raisya telah pun bertindak dengan lebih awal

Tanpa rasa takut Raisya menampar wajah orang tua yang ada di hadapannya. Hormat? Orang miang tidak layak di hormat tapi layak di pukul. Eh?

Jelas terlihat wajah setiap seorang yang mula berubah terkejut dengan tindakan Raisya yang berani. Masing-masing tidak menyangka dengan apa yang baru sahaja Raisya lakukan

Raisya menggeleng kecil dan kembali berjalan seperti biasa. Melepasi mereka yang masih lagi terkedu

"Adoi! Sakitlah!" Raisya yang elok berjalan, tiba-tiba sahaja jatuh tersembam ke tanah apabila badannya ditolak daripada belakang dengan sangat kuat

Raisya segera berdiri kembali. Pakaiannya yang sudah kotor dengan debu tanah di bersihkan

"Orang tua bodoh" sinis Raisya dengan nada yang perlahan. Perlahan tetapi jelas terdengar

"Apa? Apa kau cakap?" tanya mereka serentak

"Dah tua pun tak reti hargai isteri yang ada dekat rumah. Seronok kacau perempuan muda, entah berapa banyak perempuan yang korang semua dah kacau"

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now