Syed melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang kepenatan. Sudah merata tempat dia pergi mencari Raisya tetapi tetap tidak dia jumpai. Dia sudah buntu
"Balik la amore" Ucap Syed sendiri dengan keadaan terduduk lemah di atas sofa
Matanya mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan tepat pukul sebelas malam. Makin risau dia dibuatnya
Dia hanya risaukan keselamatan Raisya sahaja ketika itu
Selang beberapa minit, kepalanya terus laju menoleh ke arah pintu apabila mendengar bunyi pintu dibuka daripada luar
Kelihatan Raisya masuk ke dalam rumah sambil mengenggam kuat tangannya sendiri. Syed berdiri dan berjalan ke arah isterinya dengan perasaan yang bercampur-baur
Dia mahu memeluk erat tubuh Raisya tetapi dia tahu Raisya pasti akan marah, jadi Syed hanya memutuskan untuk melihat sahaja wajah isterinya dengan mata yang merah. Dia berusaha menahan air mata yang hampir jatuh
"Amore... Amore pergi mana?" Sebak suara Syed bertanya. Dia sangat bersyukur dan legs lega apabila melihat isterinya baik-baik sahaja
Raisya turut memandang wajah Syed dengan perasaan yang bercampur baur. Dia mahu mengungkapkan sesuatu tetapi lidahnya kelu
"Saya tahu amore mesti penat, amore naik la atas dulu. Pergi mandi. Amore lapar tak? Kalau lapar saya pergi masak" Meskipun Syed ingin tahu ke mana Raisya pergi, dia lebih mementingkan perasaan isterinya. Dia tahu jika di tanya sekalipun, Raisya pasti tidak mahu menjawab
Syed mengeluh kecil apabila meihat Raisya hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang suara
"Saya pergi masak tau..." Sempat Syed tersenyum nipis sebelum membelakangi Raisya
"Imsayang..." Langkah Syed terhenti. Dia kembali menoleh memandang Raisya
Mata Raisya mula berkaca. Matanya merah, tangan pula menggigil kecil
"Ye amore, amore nak cakap apa-apa ke?" Soal Syed dengan lembut. Keningnya ternaik sedikit
Raisya mengemamkan bibir untuk sesaat
"Setiap kali saya fikirkan Imsayang, saya mesti akan rasa bersalah. Tapi saya tetap abaikan perasaan tu" Kata Raisya dengan suara yang bergetar
Syed fokus mendengar. Dia memandang tepat ke wajah Raisya tanpa berkelip
"Saya nak Imsayang tahu, saya buat semua ni sebab saya nak Imsayang bahagia tanpa saya... Walaupun hakikatnya saya nak Imsayang bahagia dengan saya. Saya... Nak bahagiakan suami saya" Raisya mula sebak
"Saya fikir ini keputusan yang terbaik. Tapi hakikatnya saya tak kuat... Saya takut dengan keputusan yang saya ambil"
"Saya minta maaf" Tangisan Raisya pecah. Laju air matanya mengalir
"Saya... Betul-betul minta maaf... Maafkan saya" Raisya menutup seluruh wajahnya dengan menggunakan kedua telapak tangan. Terhinjut bahu Raisya ketika dia menangis
Melihat isterinya yang menangis, Syed segera mendekati lalu menarik Raisya ke dalam pelukan
"Amore janganlah menangis, amore tak ada salah pun dengan saya. Jangan pernah minta maaf lagi lepas ni" Ujar Syed
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romantik𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...