TUJUH bulan pun berlalu dengan seiring waktu berjalan dengan bergitu pantas namun tidak pada Syed kerana sehingga ke hari ini, Syed masih lagi mencuba untuk membiasakan diri untuk hidup tanpa ada Raisya di sisi
Sepanjang tempoh ini, hidup Syed terasa amat kosong meskipun dia ditemani oleh Nadhmi, Mikael dan keluarganya sendiri. Hatinya kehilangan sesuatu yang amat berharga
Sepanjang tempoh itu juga, hubungan Syed dan keluarga Raisya sudah semakin baik meskipun mereka tidaklah bergitu akrab. Bergaul dengan meraka membuatkan Syed berasa kurang selesa, entah kenapa... Mungkinkah kerana merekalah orang yang sering melukai hati isterinya?
Encik Fakhrul berubah drastik, beliau langsung tidak dapat hidup dengan tenang, setiap harinya di hantui dengan rasa bersalah. Dia sering kali bercerita tentang kesalahannya pada Syed, namun apakan daya? Semuanya telah berlalu namun memori sering kali mengingati
Puan Rose pula sudah tidak bahagia seperti dahulu kerana dia mengalami kemurungan berat. Puan Rose tidak dapat berhenti daripada menyalahkan dirinya sendiri. Mujur ada Fakhriy dan Encik Fakrul yang setia memberi sokongan dan perhatian kepada Puan Rose
Ermelia membuat keputusan muktamad untuk pergi keluar negara, menjauhkan diri daripada keluarnya sendiri. Dia hendak menenangkan fikirannya di sana dan dia perlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa Raisya sudah pergi buat selamanya
Nadhmi dan Mikael seperti yang dapat di duga, mereka banyak menghabiskan masa bersama Syed sepanjang tempoh tujuh bulan ini. Mereka tidak pernah membiarkan Syed berseorangan walaupun itulah yang Syed mahukan
Puan Alia dan Tengku Zafran sudah berkali-kali memujuk Syed untuk tinggal bersama mereka, tetapi Syed tetap berkeras menolak. Dirinya tidak sanggup untuk meninggalkan rumah yang penuh dengan memori indah bersama isterinya. Meskipun sakit, biarlah waktu yang mengubati segala luka yang tertanam di dalam diri
Syed yang dari tadi hanya termenung di hadapan televisyen pun akhirnya tersedar apabila mendengar bunyi pertengkaran anak kucingnya, Haru dan Maru
"Aip, Haru Maru jangan gaduh" ucap Syed saat sedang memisahkan mereka. Nadanya tiada beza seakan ayah memarahi anaknya
"Imsayang, jangan la marah anak saya"
Automatik riak wajah Syed berubah, matanya mula berair tatkala suara Raisya memasuki pendengaranya. Tubuh pula membeku, jantung berhenti berdetak untuk seketika
Selama tujuh bulan setelah pemergian isterinya, Syed sering melihat bayangan isterinya di sekitar rumah mereka. Di saat Syed memandang ke arah dapur, jelas dia melihat Raisya sedang memasak dan dia hanya mampu tersenyum kecil
Dan ketika dia sedang makan, Syed pasti akan melihat bayangan Raisya duduk di sebelahnya seakan sedang menemaninya
Perkara itu terus menerus berlaku setiap hari, tetapi Syed langsung tidak berasa takut mahupun terganggu. Malahan dia gembira
"Imsayang rindu saya tak?"
Syed menganggukkan kepalanya. Tidak berkelip dia menatap wajah cantik isterinya
Dia mengaku bahawa dirinya masih belum ikhlas dan dia tidak rasa dia boleh merelakan pemergian isterinya dengan bergitu mudah. Cuba? Sudah dia cuba untuk merelakan, namun hatinya berat
"Cantiknya isteri saya ni..." puji Syed dengan nada yang sangat lembut memuja kecantikkan Raisya
"Imsayang ni! Merepek!"
Syed mula tergelak kecil ketika melihat wajah Raisya yang sudah kemerahan kerana malu
Gila? Ya, dia rela digelar gila. Apa yang boleh dia lakukan selain daripada merindui isterinya? Syed hanya memerlukan Raisya
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...