Raisya berasa sangat teruja apabila sudah sampai di aquaria. Bersinar anak matanya tatkala memandang ikan-ikan yang ada di situ. Raisya memandang sekilas Syed yang berdiri di sebelahnya, Raisya tersenyum manis
"Imsayang tengok! Ada shark!" Tunjuk Raisya dengan ceria. Nada suaranya ketika itu betul-betul menunjukkan bertapa gembiranya dia
Syed melihat ke arah ikan yang di tunjuk oleh isterinya dan Syed tersenyum lebar
"Amore seronok?" Tanya Syed. Tangan isterinya digenggam kemas dan erat
"Seronok sangat-sangat! Terima kasih sebab bawa saya datang sini" Kata Raisya. Dia betul-betul gembira kerana dapat berpijak ke situ. Seumur hidupnya, itulah kali pertama dia datang ke aquaria dan melihat pelbagai jenis ikan yang besar serta kecil di depan mata
"Sama-sama amore" Balas Syed lembut
Apabila sudah puas berjalan, mereka berdua pun terus pergi ke destinasi seterusnya iaitu taman rama-rama. Sememangnya semua destinasi ini di pilih oleh Raisya sendiri, dan tugas Syed hanya memenuhi keinginan isterinya sahaja
Helmet di kepala Raisya dibuka dengan berhati-hati agar awning tudung Raisya kekal terletak dengan cantik
"Sweetnya Imsayang ni" Puji Raisya dengan suara yang meleret. Bukan sengaja mahu mengusik, tetapi dia memang betul-betul ikhlas memuji suaminya
Syed mengemamkan bibir menahan malu saat mendengar pujian itu. Telinganya berubah merah secara mendadak. Nasib baik tidak dapat dilihat oleh Raisya kerana helmet motorbike masih lagi tersarung di kepalanya pada ketika itu
Syed hanya merespon dengan berdehem sahaja
Helmetnya dibuka di letakkan di atas seat motor bersebelahan dengan helmet Raisya. Syed memandang wajah Raisya, tudung isterinya diperbetulkan semula meskipun sudah kelihatan sempurna
Meskipun bergitu, Raisya hanya membiarkan sahaja Syed mengusik tudungnya kerana dia tahu hasilnya pasti akan menjadi lebih kemas
"Dah ke Imsayang?" Tanya Raisya. Dia sudah tidak sabar mahu memasuki taman rama-rama
"Dah! Dah cantik!" Ujar Syed. Pipi isterinya dicubit geram. Cantik sangat sampai geram dengan isteri sendiri
"Sakitlah... Imsayang ni..." Rengek Raisya sambil mencebik. Sakit pipi dia dibuatnya, Syed mencubit seakan-akan ada menyimpan dendam terhadapnya. Macam dah lama pendam je si Syed ni
Syed tergelak kecil
"Alolo sorry..." Ucap Syed. Tangannya naik mengelus lembut pipi Raisya yang dicubit tadi
"Dah jom!" Tangan Syed ditarik dengan pantas. Sengaja Raisya berbuat sedemikian supaya Syed tidak dapat melihat wajahnya yang sudah bertukar merah padam. Baru alolo sikit, terus merah muka Raisya
Raisya menayangkan wajah kegelian tatkala banyak rama-rama yang terbang dan hinggap di baju, tangan dan juga di kepalanya
Syed yang melihat keadaan itu pun dengan segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil beberapa keping gambar Raisya
"Imsayang kenapa banyak sangat yang datang dekat saya ni" Adu Raisya. Mukanya seakan-akan sedang meminta pertolongan daripada Syed untuk menghalau kesemua rama-rama itu
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...