RAISYA yang sedang fokus memandang tepat ke dalam anak mata majikannya spontan terus menoleh ke arah kanan apabila tangan majikannya yang hampir mendarat di pipinya tiba-tiba sahaja di cengkam kuat oleh seseorang
"Jangan berani naik tangan dekat dia" Ucap Syed dengan keras
Ternaik kening Raisya ketika itu. Matanya kini tidak berkelip memandang Syed
"Im, apa awak buat ni" Kata Raisya dalam nada bisikkan
Suara Raisya langsung tidak dihiraukan, cengkaman tangan Syed semakin kuat sehingga membuatkan majikan Raisya mengerang kesakitan
"Im, jangan masuk campur" Kata Raisya lagi
"He went too far Aisy. Saya tak boleh biarkan dia tampar awak" Balas Syed
"Siapa pula mamat ni?!" Sampuk si majikan dengan dahi yang berkerut. Cengkaman Syed terlalu kuat
"Saya tunang dia. Kenapa? Ada masalah ke?" Selamba Syed dengan suaranya yang lantang seakan-akan bangga ketika mengungkapkan itu
"Im enough, lepaskan dia" Arah Raisya
Syed mengeluh dan melepaskan pergelangan tangan si majikan dengan berat hati
Si majikan yang tidak dapat menahan amarah bertindak menumbuk wajah Syed tanpa teragak- agak. Habis kecoh satu kedai makan itu disebabkan mereka
Tumbukan yang tiba-tiba itu membuatkan Syed jatuh tersembam ke atas lantai. Belakang kepalanya terhentak kuat
"Bos!" Jerit Raisya dengan nada yang tinggi
Syed hanya membiarkan sahaja dirinya di pukul. Dia tidak membalas pukulan itu
Pekerja lain dengan cepat menarik si majikan jauh dari Syed
"Saya berhenti! Im jom" Syed berdiri semula dengan bantuan salah seorang pekerja di situ. Dia melihat majikan Raisya sekilas
Ramai mata-mata yang memandang mereka ketika Syed dan Raisya berjalan keluar daripada kedai
Raisya berhenti semula dan menoleh memandang majikannya. Tangannya digenggam kemas, wajahnya berubah merah padam menahan segala rasa
"Dasar anak anjing! Kau bos paling sial!" Ucap Raisya dengan sekuat hati tanpa menghiraukan pandangan orang yang ada di situ
Si majikan hanya mampu diam menahan malu sahaja apabila semua pelanggan memandang ke arahnya sambil menggelengkan kepala
"Aisy... Jangan mencarut" Tegur Syed dengan lembut. Agak terkejut dia apabila mendengar kata-kata kesat itu keluar daripada mulut Raisya
"Diam la. Awak tak payah nak nasihat saya" Balas Raisya dengan keras
Syed dan Raisya hanya diam sahaja semasa berjalan. Fikiran masing-masing melayang jauh
Raisya berhenti secara tiba-tiba. Wajah Syed ditatap dengan tatapan dinginnya. Syed yang merasa gugup pun berusaha mengelak daripada memandang Raisya
Luka yang ada di tepi bibir Syed menarik perhatian Raisya, lama dia merenung luka itu
Selepas sekian lama, mereka kembali berjalan. Jauh mereka berjalan kaki daripada kedai makan sehinggalah ke farmasi
"Tunggu sini" Arah Raisya
Syed mengerutkan kening dan melihat sahaja Raisya masuk ke dalam farmasi. Syed memilih untuk diam tanpa berkata mahupun bertanya apa-apa
Selepas lima minit di dalam, Raisya akhirnya keluar dengan membawa plastik ubat di tangan
"Nah, ambil ni. Nanti balik sapu dekat luka tu" Kata Raisya sambil menghulurkan segala ubat yang baru sahaja dibeli
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...