Raisya dan Syed masing-masing menundukkan kepala ketika mendengar bebelan Puan Alia di hadapan pintu rumah. Disebabkan mereka berdua sudah lama tidak melawat Puan Alia dan Tengku Zafran, hari ini mereka pun membuat keputusan untuk pergi ke sana
Tetapi sampai sahaja di perkarangan rumah, kelihatan sudah Puan Alia sedang bercekak pinggang saat melihat kedatangan Syed dan Raisya.
Raisya turun dari motorbike dan membiarkan Syed membuka helmet di kepalanya
"Amboi, baru sekarang nak datang sini?" Sindir Puan Alia. Sudah lama dia tidak melihat batang hidung anak dan menantunya ini
"Hihi sorry mummy " Ujar Syed. Syed mendekati Puan Alia dan terus bersalaman dengannya
Raisya juga berbuat demikian sambil tersenyum manis. Dia juga turut memeluk tubuh Puan Alia dengan erat
"Mummy ingat korang berdua dah lupakan mummy" Sengaja Puan Alia ingin berdrama untuk mendapatkan perhatian daripada Syed dan Raisya. Itu la, siapa suruh dah lama tak datang, kan dah kena pujuk
"Kitaorang tak pernah lupakan mummy yang cantik ni" Pujuk Raisya dengan nada yang lembut. Syed mengangguk laju, mengiyakan apa yang isterinya katakan
Puan Alia mula tersenyum lebar. Malu terus apabila di puji sedemikian rupa
"Dah jom la masuk, ada-ada je kamu berdua ni. Semua ada dekat ruang tamu tu. Kebetulan korang datang masa daddy dengan Den tengah cuti" Ujar Puan Alia dengan wajah yang masih lagi kemerahan akibat malu
Syed dan Raisya saling bertatapan untuk seketika dan tergelak kecil. Senang je nak pujuk mummy ni rupanya
"Syed dah balik la Den! Syed dah balik! Anak kesayangan tu dah balik!" Syazwan menggoncangkan badan Syayden dengan kuat. Syayden hanya pasrah sahaja
"Ye Wan, aku tahu Syed dah balik" Kata Syayden malas. Si Syazwan ni ingat dia buta ke
Syed bersalaman dengan Tengku Zafran dan terus pergi melabuhkan duduk di sebelah kanan Syazwan. Raisya pula duduk di sebelah suaminya
Pelbagai topik telah mereka bincangkan. Raisya pula hanya diam sambil melihat televisyen dan sesekali mendengar apa yang mereka katakan. Hanya borak kosong sahaja, maklumlah mereka semua sudah lama tidak berjumpa
Raisya menghayun kecil kakinya sambil memandang sekeliling rumah
Mata Raisya terus tertumpu pada sedulang makanan yang terisi pelbagai jenis biskut. Puan Alia membawa dulang itu daripada dapur dan letakkan pada meja yang betul-betul berada di depan mata Raisya. Dia mahukan biskut itu tetapi dia segan
Dia menelan air liurnya untuk beberapa kali. Sesungguhnya godaan makanan sungguh menyiksakan. Raisya mencuba untuk mengabaikan biskut itu namun gagal akibat rupanya kelihatan sangat menyelerakan
Syed perasan akan gelagat isterinya pun tersenyum kecil. Biskut tersebut diambil dan dihulurkan kepada Raisya
"Kalau amore nak makan, ambil je. Jangan malu-malu" Kata Syed dengan tatapan yang menenangkan Raisya. Tatapan itu akan selalu menjadi kegemaran Raisya
"Baik bos" Ujar Raisya dengan riak wajah comelnya
Biskut yang di hulurkan tadi di ambil dan di makan sambil dia menyambung melihat televisyen
![](https://img.wattpad.com/cover/345155205-288-k347363.jpg)
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...