"Company Syed macam mana sekarang? Okay ke?" Tanya Tengku Zafran kepada Syed. Air teh yang terhidang diambil dan dihirup sedikit demi sedikit
"Okay je, pekerja tetap pun dah ada sekarang, so problem Syed dan settle" Jawap Syed. Wajah Tengku Zafran dipandang dengan pandangan yang serius
"Bagus la kalau macam tu, tapi daddy dapat tahu yang kamu ni malas nak masuk office. Betul ke?" Dahi Syed berkerut. Pelik. Macam mana daddynya tahu? Daddy dia ada upah spy ke?
"Betul la tu. Tapi macam mana daddy tahu?" Tanya Syed dengan curiga
"Daddy selalu pergi sana untuk melawat kamu, tapi yang daddy tengok cuma meja kerja kamu je. Orangnya tak ada" Ujar Tengku Zafran. Sudah berkali-kali dia pergi ke sana dan tidak pernah sekali pun dia melihat Syed
"Oh, Syed ingatkan daddy upah spy" Syed tersengih kecil sambil menggosok belakang lehernya
"Kamu ni, merepek pula. Daddy banyak lagi kerja lain daripada upah orang untuk spy kamu" Kata Tengku Zafran. Dia menggeleng kecil. Anak lelakinya semua sama. Suka merepek!
Puan Alia, Syayden dan Syazwan berusaha menahan tawa sehingga muka mereka semua berubah merah padam
Syed yang perasan akan riak wajah mereka pun terus menayangkan wajah tidak berpuas hati. Syazwan yang sudah menghamburkan tawa direnung tajam oleh Syed
"Syed bukan malas, Syed cuma tak ada mood je. Syed tetap datang, tapi bila ada benda penting ataupun meeting je" Balas Syed
"Tipu-tipu! Bukan boleh percaya Syed ni, entah-entah dia tak masuk office sebab dia tengah sibuk dating" Sampuk Syazwan dengan selamba. Pandangan tajam abangnya langsung tidak dia hiraukan
"Dating? Dating dengan siapa?" Sampuk Puan Alia pula. Puan Alia terlihat teruja ketika bertanya
"Entah, tak tahu. Wan cuma teka je" Balas Syazwan sambil menjongketkan bahunya. Dia memang sengaja mahu mengenakan Syed
Riak wajah teruja Puan Alia terus hilang. Dengan perasaan geram dia mencubit peha Syazwan
"Adoi! Mummy sakit!" Rengek Syazwan sambil mencebik. Tempat cubitan digosok berkali-kali bagi menghilang rasa sakit
"Padan muka" Ucap Puan Alia. Terus berubah monyok Puan Alia ketika itu, buat penat sahaja dia teruja tadi
"Ala mummy jangan la marah wan... Maafkanlah wan yang hensem ni mummy" Matanya dikedipkan berkali-kali. Senyuman manis terukir di bibir Syazwan ketika dia sedang memujuk Puan Alia
Tengku Zafran, Syed dan Syayden yang sedang melihat hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Geli dan menyampah pada masa yang sama
"Yang suka dating tu kau. Kau yang suka ke sana sini dengan buah hati kan" Kata Syayden dengan sinis
"Abang Den cakap elok sikit, Wan ni dah single tau. Abang tu yang suka dating sana sini" Balas Syaz dengan keras. Suka-suka sahaja cakap dia bergitu
"Mana perempuan hari tu?" Celah Syed sambil menyilangkan tangan. Wajah Syazwan masih ditatap tajam
"Dah tak ada, perempuan tu sebenarnya suka duit Wan je. Eh salah! Maksud Wan, duit daddy hehe" Selamba Syazwan menjawab
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...