"Eeee! Imsayang! Apa ni!" Tanpa belas kasihan Raisya memukul Syed berkali-kali dengan menggunakan bantal peluk. Geram sebab di peluk punya pasal, habis Syed yang jadi mangsa
" Saya. Kata. Jangan. Peluk." Kata Raisya. Tegas dia menekan setiap satu ayatnya. Meskipun Raisya sedang mamai, pukulan tersebut tetap kuat
"Amore bawa bertenang" Lekas Syed merampas bantal peluk tersebut daripada tangan Raisya. Kalau dibiarkan silap-silap sampai ke sudah tidak berhenti
Apabila bantal tersebut sudah di rampas, Raisya terus berpeluk tubuh dan berpusing ke arah lain. Sakit hatinya kerana Syed enggan mendengar apa yang dia katakan semalam
"Amore" Panggil Syed tetapi isterinya tetap enggan berpusing menghadapnya kembali
"Amore" Seru Syed lagi dengan sedikit tegas
"Apa?" Raisya menyaut dingin. Posisinya masih lagi sama
"Kenapa amore pukul saya? Amore tak puas hati pasal apa ni?" Dengan baik Syed bertanya
"Imsayang peluk saya! Saya dah cakapkan semalam, jangan peluk. Saya tak suka!" Dengan sekali nafas Raisya memarahi Syed. Haduh... Pagi-pagi lagi dah bergaduh
"Saya tak peluk amore pun. Amore yang peluk saya" Ujar Syed mendatar. Dia hanya jujur. Biarkan Raisya tahu hal sebenar. Siapa yang peluk siapa
Raisya terus mengubah posisi menghadap Syed. Dahinya berkerut. Dia? Dia yang peluk Syed? Huh tak mungkin!
"Saya?" Tanya Raisya semula sambil menunjuk dirinya sendiri
Syed menganggukkan kepala dengan perlahan-lahan. Riak wajah serius di tunjukkan kepada Raisya agar Raisya tahu yang sekarang ini dia tidak bergurau
"Tipu! Imsayang tipu. Saya tak percaya" Ucap Raisya dengan nada yang keras. Enggan mempercayai suami sendiri, padahal apa yang Syed katakan tadi adalah benar
"Tak percaya sudah" Ringkas Syed. Malas mahu adu mulut dengan isterinya yang tidak mahu mengaku salah. Dia je la yang paling betul
Raisya terus bangun dari katil dan keluar daripada bilik dengan perasaan yang geram tanpa menoleh walaupun sedikit. Mungkin malu? Mungkin juga masih memikirkan dirinya betul
"Aku? Aku yang peluk dia? Tak akan la..." Gumam hati Raisya sambil menuruni satu per satu anak tangga
Selepas sekian lama di ruang tamu untuk menenangkan diri, akhirnya Raisya kembali semula ke bilik. Sempat Raisya menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulas tombol pintu
Dengan riak wajah yang seakan-akan tidak bersalah Raisya kembali berbaring, sesekali dia tercari-cari sosok tubuh Syed yang telah hilang. Tidak lama kemudian dia melihat Syed keluar daripada bilik air dengan riak wajah ketat tanpa senyuman
Raisya terus teringat akan sesuatu saat melihat suaminya. Dia terlupa, hari ini Syed akan pergi ke pejabat. Dengan tergesa-gesa Raisya keluar dari bilik semula untuk pergi menggosok baju kerja Syed
"Nah" Raisya menyerahkan baju yang sudah di gosok kepada Syed dengan senyuman manis
"Ha" Dingin. Sedingin riak wajahnya
Raisya meneguk liurnya... Syed marah dia ke?
"Imsayang marah ke?" Takut-takut Raisya bertanya. Aura garang Syed ni buat dia tidak senang duduk pula
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...