Raisyed | 56

2.9K 168 12
                                    

Raisya dan Syed tercegat di luar rumah. Masing-masing memandang ke arah kasut-kasut yang ada di depan pintu rumah dengan kening yang terangkat

Mereka memandang satu sama lain untuk seketika sebelum kembali memandang kasut-kasut itu

"Imsayang punya ke?" Tanya Raisya dengan kerutan di dahi. Jikalau memang kasut milik suaminya pun mengapa dia tidak pernah lihat sebelum ini? 

Dengan pantas Syed menggelengkan kepala. Tiada sebab untuk dia membeli kasut kerana kasutnya sudah terlalu banyak, itu pun masih ada yang tidak dipakai

"Tak. Ini bukan saya punya" Jawab Syed. Fokus matanya memandang ke arah kasut-kasut itu. Dia sungguh kenal dengan rekaan kasut-kasut yang ada di depan matanya

Tanpa membuang masa, pintu rumah pun terus dibuka. Panas pula berlama-lama di luar

Setelah pintu dibuka, pemandangan pertama yang Raisya dan Syed lihat ialah Mikael dan Nadhmi yang selamba sahaja bergelak ketawa di atas sofa

Seronok mereka melihat televisyen tanpa menghiraukan tuan rumah. Ternaik kening Syed dibuatnya

"Hai Rai!" Mata terus beralih ke arah suara yang menyapa. Kali ini Raisya mengerutkan kening pula

"Lia? Kau buat apa dekat sini?" Soal Raisya dengan kebingungan

Ermelia mengeluh berat. Sudah dia beritahu Raisya yang dia akan datang dua hari lepas, dan sekarang malah di tanya lagi

"Kan aku dah cakap yang aku nak datang" Jawab Ermelia dengan tidak acuh

"Aku siap mintak location kot, tak akan la itu pun tak ingat" Sinis Ermelia dengan perlahan tapi masih lagi boleh di tangkap oleh pendengaran Raisya

Raisya menjulingkan matanya. Sakit pula hati apabila disindir oleh Ermelia. Mentang-mentanglah dia nyanyok

"Kenapa duduk serumah dengan lelaki? Tunggu la aku balik dulu kalau nak datang pun" Tegas Raisya sambil bercekak pinggang

Serentak kepala Nadhmi dan Mikael menoleh memandang Raisya, Syed dan Ermelia. Mereka lantas bangun dan pergi berdiri di sebelah Ermelia

Masing-masing menayangkan riak wajah yang mendatar. Langsung tiada rasa bersalah kerana sudah menceroboh masuk rumah orang sesuka hati

"Aku baru je sampai Rai, sumpah" Ujar Ermelia membela diri. Memang betul, dia baru sahaja sampai seminit lepas dan terus menuju ke bilik air

Raisya mengecilkan mata. Baru sampai ataupun tidak sama sahaja. Kenapa harus masuk terlebih dahulu? Jika tiada lelaki di rumah, tidak mengapa la juga

Bukannya Raisya tidak mempercayai Nadhmi dan Mikael, dia cuma risau sahaja perkara yang tidak di ingini berlaku. Contohnya bergaduh. Dia dan Mikael pun boleh bertengkar, inikan pula Ermelia

Amelia tersengih dan terus merangkul kemas lengan Raisya

"Jangan la marah Rai" Pujuk Ermelia dengan lembut. Raisya hanya menjelingnya sekilas. Langsung tidak termakan dengan pujukan Ermelia

"Ni korang pula dah kenapa datang rumah aku?" Giliran Syed pula yang memarahi kawan-kawannya

Syed memandang tajam wajah Nadhmi dan Mikael bersilih ganti

Nadhmi dan Mikael hanya beriak kosong. Langsung tidak terkesan dengan pandangan tajam Syed

"Kau kan keluar, kitaorang tolong la jagakan rumah kau" Selamba Mikael menjawab. Nadhmi mengangguk dengan yakin

Laju sahaja mata mereka menangkap barang-barang yang di pegang Syed. Dengan pantas barang itu di rampas

"Biar kitaorang tolong bawa" Kata mereka serentak berserta senyuman manis

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now