Hari demi hari kesihatan Raisya semakin merosot, tetapi dia hebat kerana masih dapat menyembunyikan muka pucatnya daripada Syed
Dia seakan akan baik-baik sahaja di hadapan suaminya, Raisya bahagia setiap kali melihat senyuman serta gelak tawa Syed. Jadi, sebab itulah dia bertahan... Sebab Syed... Senyuman dan gelak tawa Syed menghilangkan rasa sakitnya
Mereka berdua banyak meluangkan masa bersama serta mencipta banyak memori baharu
Inilah peluang yang Raisya ada... Peluang yang akan dia gunakan untuk membahagiakan suaminya
Tetapi malangnya hari ini dia tumpas, Raisya demam panas dan tidak larat untuk bangun sama sekali
Raisya tahu sakit itu bukanlah demam panas samata-mata tetapi melainkan kesan sampingan daripada penyakitnya
"Panas lagi ni amore" Ucap Syed sambil memegang dahi Raisya. Syed langsung tidak tidur sepanjang malam demi menjaga isterinya yang sedang sakit
"Hm" Itu sahaja yang Raisya mampu katakan
Raisya terduduk kerana merasa mual. Dia ingin muntah
Syed dengan segera mencapai plastik yang memang tersedia di meja bilik mereka. Kali ini, sudah masuk empat kali Raisya muntah. Dia memang tidak dapat tertidur dengan lena
Raisya memuntahkan semua isi perutnya, manakala Syed pula menggosok belakang badamnya dengan riak wajah cemas
Tidak sanggup melihat keadaan Raisya ketika itu. Sudah berkali-kali Syed memujuk Raisya untuk pergi ke hospital tetapi isterinya tetap berkeras tidak mahu
Raisya kembali berbaring dan Syed lekas pergi membuang plastik yang Raisya gunakan tadi di tingkat bawah. Dia kembali ke bilik dengan kain yang sudah pun di rendam dengan air suam
Kain itu dia letakkan di atas dahi Raisya. Selimut di tarik hingga ke paras dada. Di elus lembut rambut Raisya
"Panas ni amore. Amore betul-betul tak nak pergi hospital ke?" Soal Syed dengan penuh kerisauan. Lengan isterinya dipicit lembut
Raisya menggeleng perlahan dengan mata yang masih tertutup. Apa yang dia inginkan sekarang hanyalah tidur yang lena
Syed mengeluh kecil. Mengapalah isterinya ini terlalu degil
"Kalau amore tak nak, amore cuba tidur ye... Saya ada dekat sisi amore" Syed menepuk bahu Raisya. Dia mengerling ke arah jam yang sudah pun menunjukkan pukul empat pagi
Dia tersenyum kecil apabila mendengar dengkuran halus daripada isterinya selepas sekian lama. Akhirnya Raisya dapat tertidur juga
Meskipun bergitu, Syed tetap tidak tidur. Dia setia duduk di sebelah Raisya. Setiap kali kain di dahi isterinya bertukar sejuk, dia pasti akan menggantikan dengan kain yang baru. Dia menjaga Raisya sebiji seperti sebelum ini
Berulang kali dia naik dan turun semata-mata untuk menukar kain. Dalam masa yang sama dia juga berjaga-jaga kerana takut Raisya ingin muntah lagi
Alarm pun berbunyi. Dengan segera dia menutup penggera telefon. Dia tidak mahu Raisya terjaga. Bukannya senang untuk isterinya tidur
Dengan perlahan-lahan Syed keluar dari bilik untuk mendirikan solat subuh di bilik yang lain
Jam sudah pun menunjukkan pukul sembilan pagi tetapi keadaan Raisya masih lagi sama. Makin risau Syed dibuatnya ketika itu. Dia tidak sedap hati
"Amore saya nak pergi masak sekejap tau" Kata Syed lembut
Raisya hanya mengangguk lemah. Ubun-ubun isterinya sempat di kucup sebelum dia keluar daripada bilik
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...