Raisyed | 17

4.1K 197 5
                                    

Selepas seminggu, akhirnya selesai juga kerja-kerja Syed. Dan sekarang adalah masa yang tepat untuk pergi berjumpa Raisya

Syed bangun pada awal pagi untuk solat subuh. Setelah itu dia duduk dan mengaji terlebih dahulu untuk seketika

Apabila sudah selesai, Syed kembali menyambung tidurnya dalam beberapa jam sebelum bangun kembali. Syed mandi dan terus bersiap sedia untuk pergi berjumpa dengan Raisya

Syed turun ke ruang tamu dengan wajah yang bersinar-sinar. Kunci motor yang terletak di atas meja televisyen terus di capai

"Mi, El kunci pin..." Belum sempat Syed menghabiskan ayatnya, Mikael yang baru turun ke ruang tamu sudah mencelah  percakapan Syed terlebih dahulu

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Mikael. Tak padan dengan rambut yang serabai, sibuk je tahu

Mikael jalan terhuyung hayang mendekati Syed dengan wajah yang masih lagi mamai. Dia menggosok kedua matanya untuk beberapa kali

"Aku nak keluar sekejap" Jawab Syed mendatar. Jam tangan di lihat sekilas sebelum kembali memandang Mikael

"Nak keluar? Kalau macam tu jom la pergi breakfast sekali, dah alang-alang kan" Ajak Mikael sambil memegang perutnya yang sudah berbunyi. Baru sahaja bangun terus lapar. Ish, ish, ish

"Pergi ajak Mi, aku nak keluar dah ni" Ujar Syed. Kalau nak tunggu Mikael bersiap, memang lambat lagi la dia jawabnya

"Jom je la. Aku nak makan bertiga, baru la sweet" Rengek Mikael. Lengan Syed di hayunkan berkali-kali. Gedik! Kalah perempuan

"Kau cepat-cepat ni nak pergi mana?" Tanya Nadhmi dari belakang Mikael. Dia baru sahaja selesai menjemur pakaian di halaman belakang tadi, dan terus menghampiri mereka berdua

Nadhmi pergi ke ruang tamu pun kerana suara Mikael yang kuat bergema di dalam rumah Syed. Kalau tidak, dia pun ingin menyambung tidurnya semula

"Aku nak pergi jumpa Aisy" Jawab Syed. Wajah Nadhmi di tatap lembut

Dalam diam Syed berasa lega apabila melihat keadaan Nadhmi yang kelihatan baik-baik sahaja berbanding hari-hari sebelumnya

"Rindu la tu" Sinis Mikael sambil menjulingkan mata

"Haah rindu" Balas Syed dengan senyuman senget

Mikael memuncungkan bibir. Nadhmi pula hanya melihat sahaja

"El, kau pergi makan dengan aku je la. Jom" Ramah Nadhmi mengajak Mikael. Dapat Nadhmi lihat dari riak wajah Syed yang sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Raisya

Kesian pula dengan Syed yang harus melayan kerenah si Mikael ini. Mikael pun satu, perangai macam budak-budak. Budak-budak pun boleh kalah dengan si Mikael ni

Mikael menoleh memandang Nadhmi. Dia menggeleng kecil tanda tidak mahu. Dia tetap mahu makan bertiga! Mana boleh macam ni. Selama ini mereka selalu makan bersama-sama. Dari zaman sekolah lagi tau! Hmph! Syed dah berubah...

"Kalau nak aku join sekali, kau kena ikut keputusan aku la. Boleh?" Ucap Syed

Mikael kembali memandang Syed. Dia mengangguk laju tanpa ragu

"Kita makan dekat CU. Boleh?" Kening Syed di jongketkan ketika bertanya

Mikael terdiam. CU lagi... Tapi apa dia boleh buat selain bersetuju. Kalau tak setuju tak dapat la makan sama-sama

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now