Dengan langkah yang perlahan dan riak wajah yang muram Raisya melangkah masuk ke dalam rumah. Segalanya terasa berbeza kali ini, semuanya terasa seperti lebih gelap. Dunianya lebih gelap berbanding apa yang dia sangkakan
"Amore dari mana ni?" Soal Syed yang baru sahaja turun ke ruang tamu. Dia pulang ke rumah awal dan mencari isterinya di sekitar rumah tetapi tiada. Hampir gila dia dibuatnya apabila tidak melihat Raisya di depan mata
Tanpa membalas apa-apa Raisya terus berjalan mendekati Syed. Tangannya naik memegang wajah Syed. Raisya tersenyum hambar sahaja ketika itu
Di teliti lama wajah Syed tanpa berkelip
"Saya silap... Saya silap Imsayang..."
"Bahagia tidak berpihak kepada kita... Tak. Bahagia tak berpihak pada saya..." Ucap Raisya di dalam hati dengan perasaan yang kecewa sekaligus sedih
Tangan Raisya kembali jatuh ke sisi
"Saya nak pergi mandi sekejap" Kata Raisya mendatar. Langkah terus mengatur ke tingkat atas. Dengan berat hati Raisya berjalan melepas suaminya
Syed turut kebingungan dengan sikap pelik isterinya
Tab mandi sengaja di isikan dengan air sehingga melimpah. Lantas Raisya termenung sambil di temani dengan bunyi air yang jatuh menitis ke atas lantai
Selepas sekian lama termenung sambil berdiri, akhirnya Raisya jatuh terduduk. Dia menangis dengan sekuat hati tanpa di dengari oleh Syed. Seusai bergitu, Raisya pergi membasuh mukanya berkali-kali mengharapkan semua ini hanyalah mimpi
Dia menggelengkan kepala dengan laju
"Tak mungkin.... Aku silap...." Ucap Raisya berulang kali. Wajahnya kelihatan sangat penat dan lesu sahaja
Tok. Tok. Tok
"Amore" Ketukan pintu itu membuatkan Raisya menoleh ke arah pintu. Mendengar suara Syed sekali lagi membuatkan dia sebak. Hatinya terasa sakit, sedih semuanya tidak dapat di ungkapkan
Tangisannya kian pecah sekali lagi. Badannya bergetar kerana menangis tanpa esakan. Teringat akan kata-kata doktor tadi membuatkan dirinya lemah
"Sebelum saya bagitahu keputusan Cik, boleh saya tahu selain daripada sakit kepala, Cik ada mengalami simtom lain seperti loya, hilang keseimbangan, masalah memori? Ataupun ada yang lain selain apa yang saya sebutkan tadi?"
Raisya membuat muka kebingungan untuk seketika sebelum akhirnya Raisya mengangguk kecil. Jika di fikirkan semula, dia sering hilang keseimbangan, penglihatannya juga sering kabur secara tiba-tiba
"Saya tak rasa loya dan saya tak ada masalah memori. Tapi saya selalu hilang keseimbangan. Penglihatan saya pun selalu kabur tiba-tiba" Terang Raisya dengan tenang
Fail di tangan doktor tersebut di letakkan di atas meja. Tangannya digenggam ketika melihat wajah Raisya. Raisya pula yang takut ketika itu, seram juga wajah doktor ini jika di perhatikan
"Saya harap Cik kuat dan dapat bersabar. Jangan putus asa"
"Maksud doktor?" Makin Raisya di buat bingung. Kenapa la doktor tidak berterus terang sahaja? Kenapa buat dia tertanya-tanya?
"Menurut keputusan ujian yang kami jalankan, kami mendapati Cik menghidap kanser otak. Dan kanser Cik sudah pun di tahap kritikal kerana dia sudah berkembang ke seluruh tubuh Cik" Pandangan doktor tersebut mula sayu
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...