Raisyed | 10

5K 228 3
                                    

Meskipun Syed sedang sibuk memasak di dapur, bibirnya masih lagi mengukir senyuman lebar kerana teringat akan Raisya. Gembira, dia sangat gembira

Mustahil untuk Syed katakan bahawa dia tidak senang. Selepas sekian lama dia mencuba, akhirnya dia berjaya juga membawa hubungannya dengan Raisya ke peringkat pertemanan. Cuma tinggal bawa ke pelamin sahaja selepas ini

tok tok tok

Senyuman lebarnya tadi terus memudar tatkala mendengar bunyi ketukan dari arah depan. Senyuman itu memudar bukan kesal kerana di ganggu, melainkan berasa malas. Malas kerana sudah Syed ketahui gerangan di sebalik bunyi ketukan tersebut

Siapa lagi kalau bukan si Mikael dan Nadhmi. Mentang-mentanglah dia dah balik semula ke rumah, terus laju sahaja dua sekawan itu datang untuk menganggunya

Syed pergi membuka pintu dengan satu keluhan besar

"Syed!" Sapa Mikael dan Nadhmi serentak dengan ceria

Syed hanya tersenyum tipis dan membenarkan mereka berdua masuk

Nadhmi dan Mikael dengan selamba dan senang hati merehatkan badan di atas sofa. Tangan Mikael pantas mencapai remote dan menukar saluran televisyen kepada drama korea kegemarannya

"Tak tahu malu" Sindir Syed sambil menyilangkan tangannya. Pandangan tajam di hadiahkan untuk menyambut kedatangan mereka

"Relax la Syed, kitaorang dah tiga hari tak datang sini tau. Kau tak rindu kitaorang ke?" Ujar Mikael dengan mata yang sengaja dikerdipkan berkali-kali

"Tak" Ringkas sahaja jawapan Syed

Syed menjulingkan matanya. Dia ingin kembali semula ke dapur tetapi langkahnya terhenti apabila namanya di panggil oleh Nadhmi

"Syed" Panggil Nadhmi dengan nada yang agak serius

"Apa? Nak apa?" Tanpa sebarang reaksi Syed menoleh memandang Nadhmi. Apa lagi la yang harus dia hadap sekarang

"Kau selalu beli makanan dekat mana?" Soal Nadhmi

"CU, kenapa?" Soal Syed kembali. Pelik. Selama ini, tidak pernah pula Nadhmi bertanya ataupun mahu mengambil tahu tentang di mana dia membeli makanan

"Aku nak pergi situ la esok, nak beli something" Ucap Nadhmi sambil mengangguk kecil

"Sama la, aku pun nak beli something juga" Sampuk Mikael

"Pergi la beli dekat tempat lain, banyak lagi CU dekat dalam dunia ni. Kalau tak nak CU, speed mart dengan 7E pun ada"

"Buat apa nak pergi tempat lain? Kau cakap macam tak bagi kitaorang pergi sana je, kenapa? Apa yang ada dekat sana sebenarnya? Ada something special ke?" Berkerut dahi Nadhmi ketika melontarkan soalan itu. Dia berasa curiga dengan Syed yang kelihatan seperti tidak mahu dia dan Mikael pergi ke sana

"Mana ada apa-apa dekat sana. Biasa je la, makanan dengan air" Tenang Syed membalas

"Ada something ni... Aku tahu mesti ada sesuatu" Ucap Mikael dengan tatapan curiga 

"Ya Allah... Tak ada apa-apa" Kata Syed sambil mengurut pelipis kepalanya. Kepala yang tak sakit pun, boleh sakit apabila melayani mereka berdua

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now