Dengan dahi yang sudah lenjun dengan peluh dan nafas yang tercungap-cungap Raisya meluru masuk ke dalam tempat kerja barunya
Raisya menarik nafas lega sekaligus kesal dengan diri sendiri. Tidak berhenti dia memaki dirinya sendiri di dalam hati. Semuanya kerana dia terlewat bangun pada hari pertama kerja
Dia juga lega dan bernasib baik kerana dia sempat tiba. Kalau tidak, sudah pasti dia bakal di marahi dengan teruk. Sudah la baru hari pertama masuk kerja sebagai pekerja baru, lambat pula tu
"Awak pasti boleh hantar makanan ni?" Tanya salah seorang staff di situ. Dia memandang Raisya dengan hujung mata sahaja. Nampak sangat yang staff tersebut sememangnya tidak mempercayainya
Raisya mengangguk dengan yakin. Dia pasti dia boleh lakukan kerja ini
Empat kotak pizza diangkat oleh Raisya sekaligus ke motorsikal yang memang tersedia di kedai itu untuk delivery
Setiap satu kotak pizza diletakkan di dalam food delivery bag V3 oleh Raisya dengan berhati-hati
Jelas Raisya kelihatan sangat teruja untuk mencuba pekerjaan yang tidak pernah dia lakukan selama ini. Meskipun tersisa sedikit perasaan takut
Dengan berhati-hati Raisya memasukkan kunci motor lalu. Apabila dia sudah berjaya menghidupkan motor tersebut, terukir lah satu senyuman lebar di bibirnya
"Lah, senang je rupanya. Aku ingat aku tak pandai" Ucap Raisya dengan bangga
Sepanjang perjalanan, Raisya hanya membawa dengan perlahan dan tanpa memecut kerana dia takut sekiranya dia hilang kawalan secara tiba-tiba
Bak kata orang, biar lambat asalkan selamat
Jam tangan dijeling sekilas. Penghantaran yang sepatutnya hanya mengambil masa tiga puluh minit menjadi empat puluh lima minit disebabkan Raisya, tetapi gadis itu langsung tidak kisah kerana bagi Raisya, itu bukanlah sebuah kesalahan
Raisya akhirnya tiba di satu perumahan selepas sekian lama mengikuti jejak melalui wave. Raisya mengetuk pintu untuk beberapa kali. Dia menanti orang yang berada di dalam untuk keluar
Selepas Raisya melihat pintu rumah tersebut sudah pun terbuka, Raisya pun dengan cepat mengeluarkan pizza dari dalam bag untuk diserahkan kepada pelanggan
"Lembab! Awak punya service memang lembab macam ni ke?!" Senyuman manis di bibirnya terus memudar tatkala menerima tengkihan itu
"Saya minta maaf cik..." Ucap Raisya sambil menunduk
"Kalau lembab tak payah kerja!" Bahu Raisya sedikit terhinjut. Dia langsung tidak berani untuk mengangkat wajahnya
"Apa la nasib kau Rai, baru bari pertama kka dah kena marah" Gumam hati Raisya
Tanpa berkata apa-apa Raisya terus kembali menaiki motorsikal itu dan terus pergi dari kawasan perumahan pelanggan itu
Raisya agak penat kerana harus berulang alik dari kedai ke rumah-rumah pelanggan yang lain. Ini satu cabaran baharu buat Raisya
Hari pertama yang sepatutnya mengembirakan menjadi muram akibat dimarahi oleh semua pelanggan ketika dia membuat penghantaran. Ya, semua! Tiada satu pun yang menyambut Raisya dengan senyuman. Berterima kasih pun tidak
"Aku tak sangka kerja ni hati kena kental, nasib baik aku tak terasa bila kena marah dari tadi" Ucap Raisya seorang diri semasa melangkah masuk ke kedai. Dia sudah pun selesai membuat penghantaran terakhir tadi
Raisya yang teruja dan tidak sabar untuk balik ke hotel dengan cepat menyerahkan kembali kunci motor. Katil hotel yang empuk terngiang-ngiang di kepalanya daripada tadi
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romansa𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...