Disebabkan pagi ini kepala Raisya masih lagi terasa lebih sakit berbanding semalam, Raisya pun membuatkan keputusan untuk mengambil cuti sehari
Tetapi semuanya berakhir dengan penyesalan kerana bosan. Hampir seharian dia hanya berbaring seperti orang yang tiada kehidupan
Hampir semua aplikasi telah pun Raisya buka kecuali facebook. Setelah bosan dengan aplikasi-aplikasi itu, Raisya pun membuat keputusan untuk membuka facebook
Salah satu postingan Puan Rose ditatap lama. Gambar Puan Rose dan Encik Fakrul yang sedang bercuti bersama itu Raisya tatap tanpa berkelip mata. Dia tidak sangka bahawa gambar itu dapat menarik perhatiannya
"Macam best je ibu pergi bercuti" Ucap Raisya seorang diri dengan cebikan
Tidak pernah sekali pun Raisya pergi bercuti daripada kecil sehinggalah sekarang. Dan bercuti adalah salah satu keinginan yang tidak dapat dia kecapi
Entah apa yang merasuki Raisya ketika itu sehingga Raisya tekad bangun dari katil dan terus pergi bersiap. Segala sakit kepala di abaikan bergitu sahaja
Raisya bercadang untuk keluar berjalan-jalan mengambil angin. Mahu pergi bercuti seperti Puan Rose dan Encik Fakrul tidak boleh pula kerana dia sibuk dengan kerja
Selepas selesai bersiap, Raisya ragu-ragu untuk pergi. Dia mahu keluar tetapi dalam masa yang sama dia juga takut, entah apa yang dia takut pun dia tidak tahu
"Aku nak ajak siapa ni" Ligat Raisya berfikir sambil meletakkan jari telunjuk di bawah dagu. Memandangkan dia hanya mempunyai Ermelia dan Syed sahaja, jadi mangsanya sudah semestinya Syed kerana Ermelia sedang bekerja sekarang
Raisya berdecit tatkala panggilannya tidak di angkat. Dengan tidak puas hati Raisya menekan nombor Syed berulang kali. Raisya sememangnya pantang menyerah
"Assalamualaikum... Hm nak apa?" Suara Syed yang kedengaran seperti baru sahaja bangun daripada tidur nyenyak membuatkan Raisya terpegun seketika
"Selamat pagi Im" Ucap Raisya menceriakan suasana di pagi hari
"Aisy?" Jelas kedengaran Syed yang ketika itu sedang terkejut. Mungkin juga panggilan Raisya di angkat bergitu sahaja tanpa melihat nama si pemanggil
"Ye, saya la ni"
"Kenapa awak call saya?"
"Saya nak ajak awak keluar" Tenang Raisya memberitahu hasratnya
"Keluar pergi mana?"
"Saya bagi location awak datang je" Ringkas Raisya. Kalau tidak berkata bergitu, sudah tentu dia akan melekat di telefon hanya untuk menjawab pertanyaan Syed sahaja
Raisya tersenyum lebar selepas Syed bersetuju. Dengan teruja dia keluar daripada bilik hotel dan terus menuju ke destinasi pilihan
Raisya telah pun sampai terlebih dahulu lima minit lepas setia menunggu Syed di hadapan pintu masuk shopping mall
Tiada tempat lain yang terlintas selain pusat membeli belah di fikiran Raisya. Dia mahu membuang duit yang tidak seberapa ada dan mahu makan dengan sepuasnya. Ringkasnya, dia mahu menggembirakan diri sendiri

YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...