Raisyed | 5

5.4K 243 7
                                    

SETELAH selesai sahaja Syed memarkir motosikalnya, dia terus laju melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang sudah berubah pucat. Syed melabuhkan duduk di atas sofa sambil memegang dadanya yang masih lagi berdengup kencang kerana sikap Raisya yang mengejutkan

"Astafirruallah Aisy..." tutur Syed perlahan. Dia juga turut menunduk ke bawah. Raisya... Raisya... Di sebabkan tindakan berani tadi Syed bagaikan di serang penyakit jantung. Silap hari bulan, mungkin boleh pengsan

"Oi Syed! Bila sampai?" tegur Nadhmi dari arah belakang sofa dengan nada yang mesra

Namun saat itu Syed langsung tidak menoleh mahupun merespon. Dia benar-benar dalam keadaan terkejut saat itu sehingga panggilan Nadhmi pun tidak dia dengari

"Syed, kau dengar tak?" tegur Nadhmi sekali lagi berserta dengan tolakkan lembut pada bahu Syed

Saat bahu di tolak, Syed yang dalam keadaan tertunduk spontan berdiri dari duduk tatkala terkejut. Cepat-cepat Syed menoleh ke belakang

"Kau ni Mi, buat aku takut je" ucap Syed dengan nafas yang sedikit tercungap

"Dah kenapa nak takut pula? Aku bukannya hantu pun" Nadhmi membalas dengan tawa kecil. Ada-ada sahaja Syed ini

Syed bertindak menjulingkan matanya dan melabuhkan duduk kembali. Syed termenung, manakala Nadhmi yang ada di belakang sofa tadi sudahpun duduk di sampingnya. Nadhmi  menatap sisi wajah Syed dengan tatapan yang kebingungan

"Kau kenapa ni Syed? Termenung je, kau tak sihat ke?" tanya Nadhmi dengan curiga. Jarang sekali dia melihat Syed berkelakuan seperti ini

"Sihat je, tak sakit pun" Syed menggeleng kecil sambil menjawab pertanyaan Nadhmi tadi

"Habistu, kalau sihat kenapa termenung je?" Nadhmi bertanya lagi. Dia kurang berpuas hati

"Tengah fikirkan sesuatu" ringkas dan lembut nada Syed menjawab tanpa melihat atau mengerling ke arah Nadhmi

Nadhmi mengecilkan matanya. Curiga...

"Mi" panggil Syed serentak dia berpaling bagi menatap Nadhmi

"Ha, apa?" Nadhmi pantas menyaut panggilan Syed

"Macam mana nak pikat hati perempuan?" tanya Syed dengan serius. Wajah Nadhmi ditatap tanpa berkelip

Dan tepat setelah mendengar soalan itu, kening Nadmi terus terangkat. Dia seakan-akan tidak percaya dan bertambah curiga dengan kelakuan aneh Syed

"Kenapa kau tanya? Kau nak pikat hati siapa ni?" mula sudah sesi soal siasat

"Jawab la soalan aku tu dulu" Syed enggan menjawab

"Kau tanya soalan pada orang yang salah Syed. Aku manalah tahu bab-bab memikat ni" kata Nadhmi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia, Mikael dan Syed mana pernah bercinta. Masing-masing tiada pengalaman

"Agak-agak El tahu tak?" Syed mula meneka

"Tahu apa ni?" sampuk Mikael yang baru sahaja turun daripada tingkat atas

"Syed ni, dia nak tahu cara nak memikat hati perempuan" ujar Nadhmi sambil memandang Syed dan Mikael secara bersilih ganti

"Ha?!" reaksi Mikael juga berubah dan serupa dengan Nadhmi pada mulanya. Dia terkejut

"Syed tak sihat ke? Macam pelik je" bergegas Mikael mendekati Syed. Tapak tangannya diletakkan pada dahi Syed

"Tak panas pun..." kini wajah Syed pula yang di lihat secara teliti

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now