Raisyed | 12

4.3K 213 7
                                    

"Abah... Isya rindu abah" Raisya yang baru sahaja tiba di tanah perkuburan terduduk lemah di samping kubur arwah bapanya. Memang tujuan Raisya mengambil cuti adalah untuk datang ke situ sekaligus untuk berehat

"Abah mesti rindu Isya kan? Isya sibuk sekarang, sebab tu la Isya tak ada masa nak datang. Kalau abah nak tahu, Isya pun rindu abah"

"Isya rindu sangat-sangat sampai abah pun tak boleh bayang bertapa rindunya Isya dekat abah"

"Abah mesti boleh agak kan kenapa Isya datang" Kata Raisya sambil mencebik

Raisya betul-betul perlukan tempat untuk mengadu sekarang. Dia sudah tiada tempat untuk di jadikan rumah. Ibu kandungnya sendiri pun sudah membencinya sekarang

Mungkin juga semua ini berlaku disebabkan dirinya sendiri. Jika dia tidak keluar daripada rumah itu, susah pasti perkara seperti ini tidak akan berlaku

Tetapi, jika dia bertahan di rumah itu. Dia terseksa. Sangat terseksa

Raisya menatap pusara bapanya dengan tatapan yang sayu. Lama dia mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Raisya hanya mahukan ketenangan

"Isya dah tak ada sesiapa sekarang... Sekarang ni, betul-betul dah tak ada sesiapa. Ibu dah benci Isya bah... Ibu kata Isya menyusahkan" Akhirnya Raisya bersuara selepas hampir dua puluh minit dia mendiamkan diri

"Ibu dah tak sayang Isya. Tapi Isya tahu abah sayang Isya kan? Betul tak bah?" Air mata yang cuba di tahan gugur juga ketika itu. Semuanya terasa sangat berat untuk Raisya pikul. Dia tidak mampu

"Isya tak tahu apa yang Isya nak buat sekarang... Dunia jahat sangat untuk Isya. Isya dah cuba untuk tidak mempersoalkan apa-apa, tapi Isya cuma manusia biasa"

"Isya cuba bah... Isya cuba untuk ignore semuanya, Isya cuba untuk tak ambil hati dengan apa yang ibu cakap tapi sakit bah. Sakit sangat"

"Isya tak tahu Isya bertahan hidup demi siapa. Kadang-kadang Isya rasa macam tiada guna lagi untuk hidup. Bawalah Isya sekali... Isya tak nak duduk sini seorang-seorang"

"Walaupun sekarang terang, tapi bagi Isya gelap sangat abah"

"Isya tak guna... Isya anak yang tak guna... Isya mintak maaf sebab tak guna abah... Maafkan Isya. Maafkan Isya abah... Isya tak guna..." Tangisan Raisya semakin lama semakin kuat. Dis menangis teresak-esak seorang diri di situ tanpa di lihat oleh sesiapa pun

Selepas beberapa minit menangis, Raisya akhirnya sudah kembali tenang. Air mata yang masih tersisa di kesat lembut sambil tersenyum

"Isya sekarang dah ada kawan" Ucap Raisya sambil menahan sebak

"Pertama kali dalam hidup Isya, Isya ada kawan. Tapi kawan Isya lelaki, abah tak marah kan?" Ucap Raisya lagi sambil tertawa kecil

"Isya tak nak pun kawan dengan dia sebenarnya. Tapi dia yang terhengeh-hengeh. Mungkin sebab anak abah ni cantik kot, sebab tu la dia nak sangat berkawan dengan Isya"

"Dia baik. Isya rasa selamat bila ada dengan dia. Rasa tenang sangat"

"Bila ada dengan dia, Isya dah tak rasa berseorangan"

"Dia buat Isya rasa sesuatu yang Isya tak pernah rasa sebelum ni. Abah pernah rasa tak?" Raisya memegang dadanya sendiri sambil menayangkan wajah kebingungan

"Entah-entah, dia jampi Isya supaya Isya ni asyik teringat dekat dia" Sempat lagi Raisya berkata dengan nada gurauan

Dia sebak. Tetapi masih boleh bergurau meskipun tidak di dengari oleh arwah bapanya. Inilah apa yang Raisya akan selalu lakukan jika dia alami hari yang sukar

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now