"Argh.... Rindunya dekat dua ekor ni" Kata Raisya dengan cebikan saat melangkah masuk ke dalam rumah
Raisya berlari kecil dan terus pergi menghampiri Haru dan Maru. Raisya memeluk erat serta mencium mereka bertubi-tubi. Sungguh dia rindukan mereka
Syed hanya melihat sahaja gelagat si isteri sambil tersenyum kecil. Beg pakaian mereka di letakkan di tepi meja ruang tamu
Syed menoleh ke arah Nadhmi dan Mikael yang turut ada di rumah mereka. Mereka berdua menetap di situ buat sementara waktu disebabkan harus menjaga Haru dan Maru
Nadhmi dan Mikael memandang Raisya. Riak wajah mereka seakan-akan sedang menghakimi perbuatan Raisya
"Matilah Haru dengan Maru tu kejap lagi" Kata Mikael sinis sambil menggeleng kecil
"Setuju. Aku setuju dengan kau El" Kata Nadhmi pula
Mikael menayangkan wajah tidak berpuas hati, dan dia terus berjalan mendekati Raisya. Tiba-tiba perasaan cemburu timbul ketika melihat Haru Maru di pegang oleh Raisya. Sepanjang menjaga Haru Maru ini, rasa sayang pun muncul terhadap mereka di dalam diri Mikael
"Anak kucing aku tu" Sinis Mikael sambil menjeling Raisya daripada belakang
Raisya mengerutkan keningnya, dan dengan segera dia menoleh ke belakang. Tangannya disilangkan, wajah Mikael di pandang dengan pandangan yang tajam. Suka-suka sahaja cop anak kucing orang lain sebagai hak dia, tak tahu malu
"Awak jangan nak cari pasal dengan saya, El. Saya sepak awak kang" Raisya memberikan amaran dengan keras. Penat baru balik pun belum hilang lagi, ini kan pula mahu melayan perangai Mikael yang meminta kaki ini
Mikael tergelak terbahak-bahak
"Okay-okay sorry. Kau ni Rai, nak gurau sikit pun tak boleh" Ujar Mikael. Orang ajak bergurau tetapi Raisya ini pula hanya serius sahaja. Bergurau? Padahal memang sengaja mahu cari pasal
Bila mendapat amaran dari Raisya terus Mikael berpura-pura seperti ingin bergurau. Tahu takut
"Memang tak boleh" Ringkas Raisya dengan nada garang. Tiada masa dia hendak bergurau dengan Mikael. Lagi-lagi berkaitan tentang anak kesayangan ataupun suaminya. Dua perkara ini memang tidak boleh di ajak bergurau
Raisya kembali berpusing ke arah Haru dan Maru. Kedua ekor anak kucing itu terus di bawa ke dapur
Mikael pun dengan bersahaja mengikuti Raisya. Dia ingin melihat kedua ekor anak kucing itu sepuasnya sebelum dia pulang
"Awak dah kenapa ikut saya?" Tanya Raisya dengan kening yang terangkat saat melihat kelibat Mikael yang turut berada di dapur. Rimas pula dia dibuatnya dengan Mikael
"Jangan nak perasaan sangat, aku ikut sebab tengok Haru dengan Maru je. Bukan nak tengok kau pun" Jawab Mikael sambil menjulingkan mata. Dia langsung tidak memandang Raisya kerana Mikael hanya fokus kepada Haru dan Maru sahaja.
Sedih.... Dia sedang melayan perasan kerana dia meninggalkan Haru dan Maru
"Ehem" Syed berdehem. Daripada tadi lagi dia sudah memerhatikan mereka berdua dengan tatapan yang serius
Automatik Raisya dan Mikael serentak menoleh memandang Syed
"Apa ehem ehem?" Tanya Mikael dengan kerutan nipis di dahi
"Kenapa kau ada dekat sini dengan isteri aku?" Ketat sahaja riak wajah Syed ketika dia bertanya
Raisya dan Mikael memandang satu sama lain, mereka menjungkitkan bahu dan kembali memandang Syed
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...