Raisya tersenyum puas apabila Syed memenuhi keinginannya untuk pergi berkhemah di pantai. Tidak lekang senyuman di bibir Raisya sepanjang perjalanan. Dia sudah pun membayangkan bunyi laut serta suasana tenang apabila memijakkan kaki ke situ nanti
Raisya terus berlari kecil menuju ke persisiran pantas sejurus selepas tiba di sana. Dia mendepakan tangan, menikmati angin yang menampar lembut wajahnya
"Lepas ni, aku boleh datang sini lagi ke?" Raisya tersenyum pahit sambil memandang sunset yang betul-betul berada di depan matanya
Dia menoleh ke belakang dan segera pergi menghampiri suaminya, kelihatan Syed sudah pun memasukkan barang mereka ke dalam khemah yang disewa
"Imsayang jom pergi tengok sunset dekat sana. Cantik!" Ajak Raisya. Tidak dapat dia ungkapkan kecantikkan sunset pada petang itu
Syed tergelak ketika melihat wajah teruja isterinya. Dia dengan pantas mengangguk setuju, tidak akan sanggup dia menolak ajakan Raisya. Syed memegang kemas tangan isterinya dan terus pergi menuju ke persisiran pantai
"Cantik kan?" Soal Raisya dengan bangga
Syed hanya diam sambil mengecilkan mata. Dia memandang sunset dan isterinya bersilih ganti. Ternaik kening Raisya dibuatnya
"Cantik. Tapi tak secantik isteri saya" Jawab Syed dengan bangga juga
Raisya menjulingkan matanya. Mahu menipu pun agak-agak la, dia dan sunset sudah semestinya sunset lebih cantik!
Terus berubah masam mencuka muka Raisya
"Kenapa masam muka isteri saya ni?" Syed mengintai wajah Raisya yang berdiri di sebelahnya
"Imsayang la. Imsayang tipu je, kata saya lebih cantik daripada sunset. Sah-sah depan mata kita sekarang ni, sunset lebih cantik" Ujar Raisya dengan bersungguh
"Ye ke? Tapi saya rasa isteri saya lagi cantik daripada sunset tu. Kecantikkan sunset tu kalah dengan kecantikkan isteri saya ni" Hidung isterinya dicuit geram
Belum sempat Raisya ingin membebel, Syed terlebih dahulu sudahpun berlari kecil masuk ke dalam air lalu menyepak air ke arah Raisya dengan sengaja
"Imsayang! Basah la. Saya nak ambil gambar!" Marah Raisya. Habis basah bajunya akibat terkena air yang di sepak oleh Syed
"Nanti kita tukar la baju amore. Lepas tukar, amore ambil la gambar" Kata Syed dengan pandangan mengejek
Raisya tersenyum senget semasa melihat pandangan suaminya itu. Ooo... Nak lawan...
Raisya membalas semula dengan menakungkan air mengguna telapak tangan. Air yang ditakung itu di baling ke wajah Syed
Raisya tergelak terbahak-bahak apabila seluruh wajah Syed basah. Tertutup mata Syed apabila terkena air laut masin tersebut
"Amboi, amore main kasar" Ucap Syed sambil mengesat air di wajahnya
Mereka berdua saling berlawan. Baju Syed lenjun tetapi tidak dengan Raisya. Itu semua kerana Raisya yang paling bersungguh-sungguh membaling serta menyepak air ke arah Syed
Syed berlari dan Raisya tersenyum nipis daripada jauh. Dia melihat Syed berlari jauh daripadanya. Adakah nanti, dia dan Syed akan jauh seperti itu? Tidak. Mereka akan lebih jauh daripada itu
"Cepat Imsayang! Satu.. Dua.. Tiga!"
Klick!
Raisya menepuk tangan memuji ketampanan suaminya
"Hensemnya suami saya. Aduh, rasa macam nak pitam bila tengok Imsayang" Ujar Raisya sambil memegang kepalanya
Syed tergelak. Amboi, melebih pula sampai nak pitam
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...