Raisya setia memandang ke luar tingkap ketika berada di dalam kereta. Tiba-tiba susana terasa janggal di antara mereka berdua. Masing-masing hanya diam dan hanya bertemankan bunyi radio sahaja
Raisya menoleh ke arah Syed sekilas dan kembali memandang ke luar tingkap, dia mahu berbual tetapi selepas melihat wajah Syed terus dia batalkan niatnya. Syed hanya menayangkan wajah ketat dan fokus memandu sahaja ketika itu
"Hmm... Apa aku nak buat ni... Nak minta maaf ke..." Ucap Raisya di dalam hati. Seram sejuk dia dibuatnya ketika melihat riak wajah suaminya
"Nak pergi mana-mana lagi tak amore?" Tanya Syed dengan nada yang keras
Raisya sedikit tersentak. Mata yang memandang ke luar semakin berair. Mendengar suara Syed yang keras itu benar-benar membuatkan Raisya takut
Tidak pernah lagi Syed memarahinya selama mereka berkahwin, dan ini merupakan kali pertama dia merasakan Syed betul-betul sedang marah
"T...tak" Jawab Raisya dengan suara yang ingin menangis. Dia berusaha mengawal suaranya
Kereta mereka yang sedang dipandu laju terus berhenti di tepi secara tiba-tiba. Raisya pantas mengelap air matanya dan menoleh ke arah Syed. Dia menayangkan wajah kebingungan
Syed ketika itu hanya menatap sahaja wajah Raisya sambil menyilangkan tangan. Raisya menundukkan kepala, tidak berani untuk menatap wajah Syed kembali
"Kenapa nangis?" Tanya Syed dingin
"Mana ada nangis" Nafi Raisya dengan suara yang perlahan
"Amore..." Tegas Syed menyeru nama isterinya
Raisya kembali mencebik dan terus menangis. Syed pula menahan tawa. Geli hatinya melihat Raisya menangis seperti budak kecil
"Alolo..." Syed memeluk isterinya serta mengusap belakang badan Raisya
"Kan betul saya cakap, isteri saya ni memang budak. Baru kena jerkah sikit dah nangis" Ujar Syed lembut
Makin teresak-esak Raisya dibuatnya
Syed terus menerus mengusap belakang badan isterinya sehingga Raisya sudah tidak lagi teresak-esak. Dia meleraikan pelukan dan mengesat sisa air mata di wajah Raisya
"Dah, jangan nangis. Nanti kang tak cantik" Nada suara Syed yang masih tegas seperti tadi membuatkan Raisya ingin menangis untuk kedua kalinya
Matanya Raisya kembali bertakung
"Aip... amore..." Dengan nada gurauan Syed menjerkah Raisya
"Aaa Imsayang marah hiks..." Terus pecah tawa Syed. Dia ketawa terbahak-bahak sambil menggelengkan kepala
"Saya tak marah la amore" Kata Syed berselang ketawa
Raisya memandang wajah Syed untuk seketika. Syed pula tersenyum manis
"Imsayang marah saya tadi...." Ucap Raisya dengan hidung yang merah kerana menangis
"Saya tak marah, saya cuma merajuk je. Siapa suruh amore beli baju melayu? Merepek je" Syed menjeling Raisya sekilas. Hilang mood Syed disebabkan baju melayu itu tadi
"Saya gurau je, bukannya beli betul-betul pun"
Raisya menjeling suaminya kembali. Ingat dia nak kalah ke? Kalau kena jeling, kita jeling balikNak gurau pun tak boleh, beli betul-betul kang baru tahu
"Saya tak suka. Walaupun amore bergurau. Janji jangan buat lagi?" Perlahan-lahan Raisya menganggukkan kepala
Syed tersenyum puas
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...