Raisyed | 39

3K 183 6
                                    

Syed tidak senang duduk ketika dia berada di pejabat dan dia turut berasa tidak sedap hati secara tiba-tiba. Ini adalah perasaan yang paling membuatkan dia berasa tidak selesa

Ikutkan hati, Syed memang tidak mahu pergi ke tempat kerja. Dia lebih rela duduk di rumah dan meluangkan masa bersama Raisya, tetapi malangnya dia harus pergi ke pejabat kerana urusan penting yang harus dia selesaikan hari ini juga

"Kau dah kenapa termenung ni Syed?" Tanya Nadhmi kepada Syed yang hanya termenung sejak tadi. Terselit rasa ingin tahu saat Nadhmi menyoal

Syed sedar dari lamunan. Wajah Nadhmi di pandang sekilas sebelum dia kembali fokus memandang kerjanya

Pasrah Syed kerana harus menghadap Nadhmi dan Mikael di pejabat pula kali ini

Nadhmi dan Mikael sengaja datang ke pejabat Syed sejurus selepas mengetahui lelaki itu akan pergi bekerja, mereka datang dengan niat untuk menemani Syed atau lebih tepat menganggu

"Oi! Syed kau dengar ke tidak?" Mikael menghentak kuat meja kerja Syed tanpa rasa takut. Dia juga sudah hilang sabar apabila Syed hanya diam tanpa berkata apa-apa. Kehadiran mereka berdua bagaikan tidak wujud di situ

Terhinjut bahu Syed akibat terkejut

Nadhmi yang berada di situ pun ikut terkejut dengan tindakan Mikael. Tidak sangka Mikael akan bertindak menghentak meja kerja Syed

"Kau dah kenapa ni? Period ke?" Marah Syed sambil memandang tajam ke arah Mikael

"Kitaorang ada dekat sini, tapi kau buat macam kitaorang ni macam tunggul pula" Kata Mikael dengan muka yang masam mencuka. Sakit hati!

"Siapa suruh datang? Aku tak suruh pun" Sinis Syed membalas semula dengan kening yang terangkat

"Nak datang tengok kawan sendiri pun tak boleh"

Syed hanya diam sambil dia menjeling Mikael. Malas mahu melayan

"Kau ada masalah ke Syed? Lama sangat kau termenung tadi" Akhirnya Nadhmi membuka mulut mulut dan bertanya

"Tak ada masalah pun, cuma aku rasa macam tak sedap hati" Jawab Syed dengan perasaan yang tidak boleh dia gambarkan

"Eleh rindu Rai la tu" Sampuk Mikael sambil tersengih-sengih seperti orang gila. Dia juga turut menyiku Nadhmi yang sedang berdiri di sebelahnya

Syed tersenyum hambar sahaja. Dia memang sedang merindukan isterinya pun

Syed mengerling ke arah jam tangannya dan lekas berdiri. Syed membetulkan pakaiannya serta tali leher agar kelihatan kemas 

"Korang balik la, aku ada meeting ni. Nanti lepas meeting aku nak terus balik" Ujar Syed sambil memandang Nadhmi dan Mikael

"Alaa... Kitaorang baru je sampai tadi hm" Mikael mencebik

"Gedik la kau ni El" Sinis Nadhmi sambil dia menyilangkan tangan

Mikael masih diam. Merajuk!

"Jom lepak mamak" Pujuk Nadhmi

"Jom!"

Syed dan Nadhmi terus tergelak. Kalau bab makan laju je si Mikael ni

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now