Suasana janggal kian terasa tatkala Raisya berada di kedai makan bersama Syed. Berkerut keningnya apabila melihat Mikael dan Nadhmi yang turut berada di situ. Setahu Raisya, semalam hanya Syed sahaja yang di ajak
"Saya ingat kita dua je" Bisik Raisya perlahan
"Diorang yang nak ikut tadi. Diorang lapar katanya" Serba salah Syed menjawab. Ikutkan hati memang Syed mahu keluar berdua, tetapi timbul perasan simpati pula ketika mendengar rayuan Mikael pagi tadi
Raisya mengangguk faham
"Macam mana aku nak confess kalau diorang berdua ni ada..." Kata Raisya di dalam hati saat melihat Nadhmi dan Mikael bersilih ganti
Mikael dan Nadhmi yang perasan akan tatapan Raisya pun serentak memandang Raisya semula. Mereka tersenyum manis
"Rai nampak lain la hari ni. Nampak pelik" Tutur Mikael sambil fokus menatap wajah cantik Raisya
Raisya panik.. Apa yang lain? Baju dia koyak ke? Tudung dia senget ke? Bermacam-macam persoalan negatif bermain di fikirannya
"Apa yang pelik? Tudung saya ke? Tudung saya senget?" Cemas Raisya bertanya sambil memperbetulkan tudungnya
"Eh tak! Tudung kau okay je. Cantik" Raisya kembali tenang dan turut tergelak kecil dengan pujian Mikael. Buat pertama kali Mikael memujinya
"Kau nampak macam tengah nervous" Sampuk Nadhmi meneliti wajah Raisya
Raisya terus terbatuk kecil. Kepalanya yang berlapikkan tudung shawl pun di garu. Raisya gelak sekali lagi tetapi kali ini dengan janggal. Sangat janggal
Semakin gementar di dibuatnya. Kaki yang berada di bawah meja terasa menggigil tanpa Raisya sedari
"Mana ada nervous. Saya kan memang macam ni" Kata Raisya dengan nada yang serius. Dia mahu menutup rasa gementarnya agar tidak di sedari oleh Mikael dan Nadhmi mahupun Nadmi
Selepas membuat pesanan dan menunggu selama lebih kurang dua puluh minit, akhirnya masing-masing dapat menjamu selera. Tetapi, tidak dengan Raisya
Makanan yang di Pesan hanya di gaul perlahan dengan menggunakan sudu. Raisya termenung sambil memandangnya
Syed sedar akan Raisya yang langsung tidak menyentuh makanan pun terus bertanya dengan lembut
"Aisy, kenapa awak tak makan? Tak sedap ke? Nak order yang lain?" Tanya Syed sambil memiringkan kepala memandang Raisya. Saat melihat makanan itu, Syed hanya berangapan satu sahaja. Mungkin makanan tidak di makan kerana tidak kena dengan tekak Raisya
Raisya menggeleng perlahan. Ini bukan rasa makanan ataupun tidak berselera, ini tentang Syed. Raisya betul-betul nekad untuk kelakar Syed untuk menjadi kekasihnya
"Saya nak cakap something" Ujar Raisya dengan perlahan kepada Syed. Kedua tangannya di cantumkan dan digenggam kuat
Spontan Mikael dan Nadhmi memandang Raisya. Mereka pun ingin tahu apa yang Raisya ingin katakan
Wajah Syed di pandang tanpa berkelip. Jantung Raisya semakin lama, semakin kuat dan laju berdengup. Betul ke apa yang sedang Raisya lakukan ini? Pastikah tiada penyesalan di akhir?
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...