Sepanjang perjalanan balik daripada berjalan-jalan Raisya sudah pun merasakan sakit kepala yang luar biasa
Sesampainya di perkarangan rumah, Raisya terus turun dan membiarkan Syed membukakan helmet untuknya
Raisya hanya diam membisu, dahinya pula sudah mula berpeluh. Entah kenapa, tetapi semakin kerap pula kepalanya sakit secara tiba-tiba bergini
"Amore okay ke tak ni?" Tanya Syed dengan penuh kerisauan tatkala perasan akan wajah pucat isterinya
"Saya sakit kepala. Mungkin sebab panas kot" Ujar Raisya sambil tersenyum paksa. Badannya mula terasa panas, kepalanya pula semakin sakit
Raisya masuk ke dalam rumah sambil dia memicit pelipis kepalanya. Seketika dia berhenti dan berpaut pada dinding untuk seketika. Belum sempat sampai ke bilik, dia sudah pun tidak larat untuk berjalan
Raisya yang sedang sibuk melayan sakit terjerit kecil secara tiba-tiba apabila Syed bertindak mencempung badannya
"Imsayang awak buat apa ni" Ucap Raisya dengan perlahan. Mahu marah tetapi tiada tenaga pula
"Diam amore. Biar saya bawa amore masuk bilik"
Tanpa menunggu persetujuan daripada Raisya, Syed terus berjalan menuju ke bilik mereka. Dia semakin risau dengan keadaan Raisya sekarang yang langsung tiada tenaga
Dengan berhati-hati Syed meletakkan tubuh Raisya di atas katil. Tudung yang tersarung di kepala isterinya turut Syed buka
"Amore nak saya tolong picitkan kepala amore tak?" Tanya Syed dengan nada kerisauan
Dia duduk di sebelah isterinya sambil menepuk badan Raisya yang sedang berbaring itu dengan perlahan-lahan
"Tak nak... Saya nak tidur je" Ujar Raisya lemah dengan wajah yang pucat
Syed tetap setia duduk dan menepuk isterinya tanpa berganjak walaupun seinci. Semakin lama, semakin pucat wajah Raisya. Dan itu membuatkan Syed berasa lebih risau dan tidak senang duduk
Dia meletakkan tapak tangannya ke atas dahi Raisya dan ya, badan isterinya panas. Sangat panas
"Amore awak demam..."
Raisya tidak merespon apa-apa. Dan apabila Syed mengintai wajah isterinya, Raisya telah pun tertidur dengan dahi yang masih berpeluh
Syed mengeluh kecil
Selimut di tarik untuk menyelimuti tubuh isterinya yang menggigil. Pipi Raisya di kucup
sebelum Syed melangkah keluar dari bilikEntah berapa lama sudah Raisya tertidur, tetapi saat dia membuka mata dengan perlahan-lahan, dapat Raisya rasakan sesuatu yang lembab di dahinya
Dia cuba menyentuh tetapi pergelangan tangannya di pegang Syed
"Shh... amore jangan gerak. Amore rehat je" Arah Syed sambil memperbetulkan kain yang sudah direndam dengan air suam itu
Raisya menurut dan kembali menutup mata
"Sorry amore... Sebab saya awak sakit. Kalau saya tak ajak awak keluar, mesti awak tak sakit" Meskipun suara itu terdengar sangat perlahan, tetapi tetap dapat Raisya dengari dengan jelas
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...