"Lia" Panggil Raisya dengan ragu-ragu. Dia mahu bertanya perihal perkara yang bermain di fikirannya semalam tetapi dia sendiri yang berasa takut dan tidak yakin untuk bertanya
Ermelia yang sedang menyusun kembali makanan di tempat yang sepatutnya pun terus memandang Raisya yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri
"Ye" Dengan tangan yang penuh masih memegang bungkusan makanan ringan Ermelia menyaut panggilan Raisya
Raisya menghembuskan nafas sebelum dia melangkah mendekati Ermelia yang masih lagi tidak berhenti menyusun makanan
"Aku nak minta pendapat kau sikit boleh tak?" Soal Raisya lembut. Dia juga turut membantu Ermelia sekaligus bertanya
"Pendapat pasal apa?" Raisya yang ada di sebelah di pandang sekilas
"Apa pendapat kau kalau perempuan yang confess dulu?" Dengan nada serius dia bertanya
"Hm? Tak ada pendapat. Bagi aku entah la, biasa je" Selamba Ermelia menjawab dengan mendatar. Bagi Ermelia perkara itu hanya biasa di matanya dan perkara tersebut bukanlah sesuatu yang perkara teruk
Baguslah jika perempuan membuat first move dahulu. Tidakkah bergitu?
Raisya mengeluh. Pendapat si Ermelia ini seperti tidak membantu sahaja
"Kenapa kau tanya Rai?" Ermelia berhenti melakukan kerjanya dan fokus kepada Raisya. Dia memandang Raisya tanpa berkelip
"Tak ada la... Cuma tertanya-tanya je" Sayu Raisya berkata
Secara mengejut lengan Raisya di tarik oleh Ermelia ke arah kerusi. Serentak mereka melabuhkan duduk di situ
Ermelia merenung tepat ke mata Raisya. Kerja yang masih tidak selesai di tinggalkan bergitu sahaja
"Aku dapat rasakan ini lebih daripada tu. Kau ada sorokkan sesuatu ke daripada aku?"
Raisya terus tergelak sambil menggelengkan kepala. Ermelia ini, panik semacam sekaligus terlihat seperti sedang menjalankan soal siasat terhadapnya pula
"Mana ada sorokkan apa-apa" Kata Raisya berselang tawa janggal. Macam tahu-tahu pula
"Tipu! Cepatlah bagitahu aku" Lengan Raisya di goncang dengan kuat. Tekad betul si Ermelia ini mahu ambil tahu
"Aku... Aku rasa aku mula suka kan seseorang"
"Serious?!" Ermelia pula yang teruja ketika mendengarkan itu. Selepas mendengar kisah percintaan Raisya yang lalu, dia tidak sangka Raisya akan mula jatuh hati semula
Jujur dia gembira bagi pihak Raisya. Ermelia mahu melihat Raisya gembira di sisi lelaki yang tepat
Raisya mengangguk sebelum meluahkan apa yang terpendam di hati
"Tapi Lia, aku tak yakin dengan perasaan aku" Raisya menunduk memandang jari jemarinya
"Kau kena yakin dengan perasaan kau Rai" Ucap Ermelia lembut menyakinkan Raisya
"Kalau sebenarnya aku memang tak suka dia dan perasaan ni hanya sebab aku bosan?"
"Tak Rai... Aku yakin bukan sebab bosan. Aku dapat rasakan benda tu" Pujuk Ermelia. Jari jemari Raisya digenggam kemas

YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...