Raisyed | 51

2.2K 163 7
                                    

Dengan teliti Raisya memasang tali leher di kolar baju suaminya. Syed pula hanya melihat sahaja isterinya yang berkerut dahi. Fokus sangat tu

"Done!" Raisya mengangguk puas dengan hasil kerjanya. Semakin hari semakin suka pula dia dengan kerja ini. Kerja sampingan, pakaikan tali leher suami

Syed tersenyum. Isterinya terus di tarik ke dalam pelukan. Raisya sedikit terkaku dan perlahan-lahan tersenyum kecil

"Peluk-peluk ni suka saya ke?" Sinis Raisya bertanya di dalam pelukan suaminya

"Suka sangat" Mata Syed di pejamkan ketika dia memeluk tubuh isterinya. Sengaja mahu melepas rindu sebelum pergi kerja

Dengan tiba-tiba idea muncul di kepala Raisya

"Kalau hensem macam ni, kena ambil gambar. Imsayang tunggu sekejap tau" Kata Raisya. Dengan pantas Raisya berlari ke bilik untuk mengambil kameranya

Syed setia menunggu sahaja di ruang tamu sambil dia memperbetulkan jam tangan serta rambutnya

Raisya kembali turun dengan kamera di tangan. Dia sudah pun bersiap sedia untuk mengambil gambar Syed 

"Saya nak ambil gambar Imsayang dengan Haru Maru" Ujar Raisya. Dia memandang Syed serta Haru dan Maru bersilih ganti

Gembira kerana kini Syed sudah tidak bergitu takut dengan anak kucingnya

Beberapa keping gambar di ambil dengan menggunakan kamera yang Syed hadiahkan kepadanya

"Imsayang senyum" Arah Raisya sambil menghalakan kamera pada Syed. Dengan memegang kedua ekor kucing itu Syed tersenyum lebar ke arah kamera

"Saya harap Imsayang akan tetap tersenyum macam ni masa saya dah tak ada nanti... Saya tak nak Imsayang menangis, saya tak nak Imsayang bazirkan air mata untuk saya" Ucap Raisya di dalam hati semasa melihat senyuman Syed

Dengan waktu yang Raisya ada sekarang, dia akan menghargai setiap saat bersama Syed dan pada masa yang sama dia harus memastikan Syed boleh hidup tanpanya

"Dah ke amore? Kalau dah saya nak pergi kerja" Syed berjalan mendekati Raisya untuk melihat hasil gambar yang diambil oleh isterinya

Syed terpaksa pergi ke kerja hari ini disebabkan dia sudah lama tidak munculkan diri di pejabat. Mentang-mentang tiada meeting terus dia tak munculkan diri

"Dah!" Ujar Raisya dengan ceria

"Now Imsayang dah boleh pergi kerja" Ucap Raisya lagi sambil menepuk bahu suaminya seakan-akan menyalurkan semangat

"Amore, nanti kita pergi camping dekat pantai nak?" Soal Syed tiba-tiba. Kini Syed mahu menunaikan satu lagi keinginan Raisya

"Camping?! Mestilah saya nak!" Syed tersenyum lebar. Tangannya pula naik mengelus lembut kepala isterinya

"Um... Imsayang, saya nak keluar sekejap boleh tak?" Takut-takut Raisya meminta izin. Dia ingin pergi ke farmasi untuk membeli ubat tahan sakit sejurus selepas Syed mengajaknya untuk pergi berkhemah. Dia tidak mahu sakit ketika berada di pantai nanti

"Amore nak pergi mana?" Soal Syed dengan kening yang terangkat. Tangannya disilangkan

"Saya nak pergi beli barang" Tipu Raisya tanpa gagap. Dia harus memastikan Syed tidak mengesyaki apa-apa

"Barang apa?" Soal Syed lagi

Raisya mengeluh berat. Kalau tahu bakal ditanya seperti ini, sudah pasti dia akan keluar senyap-senyap sahaja

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now