Raisyed | 23

3.4K 194 12
                                    

Raisya sudah muak dan sudah cukup malas untuk membaca mahupun membalas semua pesanan daripada Encik Fakrul yang tidak habis-habis meminta duit daripadanya

Raisya mula terfikir untuk membuat dua pekerjaan seperti sebelum ini hanya di sebabkan desakan Encik Fakhrul. Dan kali ini Raisya terfikir akan rider makanan. Ligat Raisya berfikir. Mungkin dengan menjadi rider, dia dapat memberikan sedikit daripada gaji itu untuk membuatkan Encik Fakhrul senyap untuk ssketika

Setakat bawa motor itu apa la sangat. Bawa perlahan dia pun boleh walaupun tiada pengalaman walaupun sekali

Sekeliling kedai di pandang sayu. Ermelia mengambil cuti, Syed pula masih lagi mengelak daripadanya. Dan sekarang Raisya berasa sangat sunyi

Selang beberapa jam Raisya menguruskan kaunter, dia meluru ke stor belakang untuk mengambil batang penyapu

Kotorkan yang ada di kawasan meja di sapu sambil membebel seorang diri

"Makan pun bersepah. Masing-masing dah besar kot" Bebel Raisya sendiri tatkala mengingati kembali pelanggan yang duduk di situ

Raisya yang terlalu sibuk menyapu tersentak apabila bahunya disentuh secara kesar. Raisya berpusing dan terus memegang pipinya yang secara tiba-tiba di tampar

pang!

"Cik! Kenapa cik tampar saya?!" Marah Raisya. Habis berona merah pipinya ketika itu tatkala menerima tamparan yang kuat

Apa yang lagi membuat Raisya marah adalah orang yang menamparnya ialah seorang pelanggan yang langsung tidak dia kenali. Suka-suka je tampar orang, dah la langsung tak kenal

"Excuse me? I ni costumer and macam ni ke cara layanan you?" Ujar suara sombong itu dengan riak wajah yang langsung tidak kelihatan bersalah

"And what kind of this behavior miss? Cik tak ada hak untuk tampar saya. Apa yang saya buat sampai Cik tampar saya?" Balas Raisya pula

"Sorry, I buat semua tu sebab I dah panggil you banyak kali tapi you tak dengar"

"Tapi cik, saya tak rasa cik patut tampar saya. This is too much" Raisya benar-benar kesal. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk serta menarik rambut perempuan itu dengan sekuat hati

"Whatever, sekarang I nak bayar. I ni nak cepat" Raisya menarik nafas seketika untuk menenangkan dirinya. Kisah pula dia perempuan itu nak cepat ataupun tidak

Tanpa senyuman Raisya kembali semula ke kaunter. Pelanggan tersebut diuruskan dengan segera

"Sakitnya..." Ucap Raisya sendiri ketika sedang berehat sebentar. Pipinya yang masih terasa sakit di usap lembut 

Waktu bekerja pun sudah habis, selepas memastikan semuanya sudah kemas dan semua lampu telah ditutup Raisya pun keluar untuk mengunci pintu hadapan pula

Tetapi malangnya, belum sempat dia menoleh ke belakang, Raisya terus dikejutkan dengan simbahan air daripada seseorang dari arah belakangnya

Raisya yang terkejut pun spontan terjerit kecil. Dengan riak wajah yang jelas terkejut Raisya menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang sudah agak berumur sedang memegang baldi 

Lelaki itu betul-betul berdiri tidak jauh daripada Raisya. Riak wajah lelaki itu pula kelihatan seperti sedang marah

Wajah Raisya di renung dengan tajam. Pakcik tersenyum tersenyum puas

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now