Raisyed | 4

6.4K 292 6
                                    

       "AWAK buat apa dekat sini?" tanya Raisya sambil menyilangkan tangan. Dahi berkerut tatkala terasa panas hati saat melihat Syed kewujudan Syed

"Buat apa lagi? Beli makanan la" jawab Syed dengan bersahaja. Riak wajah tidak bersalah ditayangkan kepada Raisya

Raisya pula spontan mengecilkan mata ketika memandang Syed. Sudah tiga hari dia melihat Syed datang ke situ untuk membeli makanan. Sesekali timbul rasa curiga terhadap Syed

"Tak ada tempat lain ke? Ataupun dia ni tak sabar nak dapat duit dia balik?"  tanya Raisya di dalam hati

"Ha, beli la beli-beli" ujar Raisya dengan malas. Matanya dijulingkan ke atas sebelum dia pergi menyambung kerja

Raisya bermain dengan telefon bimbitnya setelah selesai menyiapkan apa yang patut. Dia duduk di kaunter, manakala Syed pula sedang sibuk memilih air dan makanan

Terukir senyuman kecil di bibir Syed ketika itu. Senang hatinya kerana dapat melihat Raisya lagi

Syed meletakkan makanan dan minuman yang telah dia pilih di atas kaunter lalu dia merenung wajah Raisya

"Dah?" tanya Raisya dengan nada dinginnya

Syed membalas pertanyaan Raisya hanya dengan menganggukkan kepala sahaja. Dia cuba mengawal riak wajah ketika itu, jantung Syed tidak berhenti daripada berdengup kencang ketika berhadapan dengan Raisya

Raisya meletakkan semua makanan itu tadi ke dalam plastik seperti biasa, lalu dia serahkan kepada Syed tanpa melihat wajah lelaki itu

"Aisy" panggil Syed lembut

"Hm? Apa?" Raisya menyaut. Matanya melilau ke arah lain, Raisya enggan memandang wajah Syed. Menyirap!

"Saya nak berkenalan dengan awak, saya nak berkawan dengan awak" jujur Syed tanpa teragak-agak. Dia mahu Raisya tahu niat sebenarnya

"Apa yang awak merepek ni?" Raisya terus tergelak kecil. Berkenalan? Bruh...

Seketika jantung Syed semakin berdengup kencang. Dunia seakan-akan terhenti ketika itu. Bunyi tawa Raisya betul-betul membuatkan dia terpana

"Berkawan? Berkenalan? No need kot. Saya tak rasa macam nak berkawan ataupun berkenalan dengan sesiapa" sambung Raisya lagi dan kali ini sambil dia memandang wajah Syed

"Tapi saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak, Aisy" Syed menayangkan riak serius. Dia tak main-main!

"Ikhlas apa benda ni? Awak ingat saya tengah mengemis persahabatan ke? Pergi la balik. Semak" agak keras nada suara Raisya menghalau Syed. Hatinya terasa panas kerana Syed. Tidak habis-habis dengan ikhlas... Serabut!

"Kalau awak tak nak terima saya sebagai kawan, saya akan kacau awak hari-hari" ugut Syed dengan senyuman senget. Sengaja dia mahu membuat Raisya menerimanya sebagai kawan dengan cara mengugut

"Kacau la kacau. Awak ingat saya takut ke? Nak ugut pun agak-agak la" suara Raisya hanya mendatar kali ini, tiada langsung perasaan marah. Justru, dia berasa menyampah dengan ugutan yang kedengaran seperti kebudak-budakkan

"Baik, saya akan kacau awak sampai awak terima saya jadi kawan awak" balas Syed dengan penuh keyakinan walhal tersentak kerana Raisya tidak termakan dengan ugutannya tadi

Raisya hanya diam sambil mengerutkan kening. Jejaka di hadapannya ini sangat yakin dan tekad

"Cakap la kau seorang-seorang, malas aku layan" ucap Raisya di dalam hati

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now