Raisyed | 11

3.9K 185 4
                                    

Semenjak Raisya dan Syed menjadi rapat, pelbagai sisi Raisya yang sebelum ini tidak Syed ketahui, kini sudah mula kelihatan sedikit demi sedikit

Tidak Syed sangka, Raisya yang dingin dan sedikit kasar ternyata mempunyai sisi ceria. Raisya sangat suka bercerita dan juga bergurau dengan membuat lawak yang tidak seberapa

"Im, cuba awak teka kenapa lima ekor gajah naik karpet terbang dia tak jatuh?" Soal Raisya dengan bersungguh. Bersinar-sinar mata Raisya ketika menanti jawapan daripada Syed

Syed menggosok belakang leher. Dari pelbagai sudut dia berfikir tetapi tiada satu pun yang kena dengan soalan yang Raisya lontarkan

"Sebab diorang naik gilir-gilir?" Jawab Syed selepas beberapa minit mendiamkan diri

"Teng! Salah" Raisya tersengih. Suka dia dibuatnya apabila jawapan Syed salah

"Habistu? Apa jawapan dia?" Ucap Syed. Sudah dia duga jawapannya salah, tetapi Syed tetap menjawab kerana tidak ingin membuatkan Raisya sedih sekiranya dia enggan menjawab

"Jawapan dia, sebab ekor je yang naik" Kata Raisya sambil gelak terbahak-bahak. Dia pula yang terhibur seorang diri, Syed tidak. Syed hanya terpegun tanpa berkelip sahaja

Raisya terdiam selepas merasa janggal kerana hanya dia sahaja yang ketawa

Wajah Syed terus di tatap dengan tajam

"Kenapa awak tak gelak?" Tanya Raisya sambil mencebik kecil. Syed tak tahu ke dia tengah malu sekarang? Malu tahu tak bila lawak tak jadi ni

Syed masih lagi terpegun, tetapi kini wajahnya berubah merah padam tatkala melihat cebikan Raisya. Comel!

"Comel" Kata Syed perlahan

"Apa?" Raisya mendekatkan lagi wajahnya ke hadapan sambil mengerutkan kening

"Hm? Tak ada apa-apa" Cepat-cepat Syed melarikan pandangannya apabila jarak wajah mereka sudah agak dekat

Raisya menjulingkan mata sambil menyilangkan tangan

"Dah la tak gelak. Tak nak kawan awak dah" Kata Raisya dengan dingin

"Saya tak gelak sebab saya fokus tengok awak je tadi" Jujur Syed tanpa malu. Lebih baik dia jujur daripada dia memberi alasan yang tidak munasabah

"Fokus tengok saya?" Raisya mula tersenyum senget sambil mengerdipkan matanya. Muncul sudah perangai gatal si Raisya

Syed mengangguk perlahan dengan perasaan gugup

ting

Perhatian Raisya kini beralih ke arah kaunter tatkala mendengar bunyi notification yang datang dari telefon bimbitnya

"Sekejap tau" Kata Raisya sambil berdiri dari duduknya

Sekali lagi Syed mengangguk tanpa berkata apa-apa

Dengan perasaan malas Raisya pergi mengambil dan membuka telefon. Dia mengeluh kecil ketika membuka aplikasi whatspp kerana siapa lagi yang akan menghantar pesanan kalau bukan Encik Fakhrul

Riak wajah Raisya serta merta berubah kerisauan apabila membaca pesanan daripada Encik Fakhrul

Tanpa berkata apa-apa Raisya terus berlari keluar daripada kedai dengan cepat dan meninggalkan Syed bergitu sahaja

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now