Semuanya terasa seperti mimpi, terasa seperti baru semalam mereka bergelak ketawa. Baru semalam dia dapat tidur sambil memeluk Raisya tetapi hari ini Raisya sudah pergi meninggalkan dia seorang diri
Syed tidak mampu untuk berkata apa-apa pun. Puan Alia yang sedang menangis terus menerus mengusap belakang badan Syed dengan perlahan-lahan. Ramai orang yang cuba untuk menenangkan Syed ketika itu
"Amore, saya rasa saya tak kuat... Saya rasa kosong sangat. Apa saya nak buat ni amore?"
"Sakit... Sakit sangat amore. Amore, saya masih perlukan amore..."
Tangannya menggigil, tetapi dia tetap menayangkan senyuman yang paling manis ketika melihat isterinya buat kali yang terakhir
Tangan Raisya dipegang dan digenggam tanpa rasa takut. Dia juga turut mengusap tangan isterinya
Sisi wajah Raisya di elus. Ini kali terakhir dia dapat melakukan perkara itu. Dahi dan pipi isterinya dikucup
"Amore dah tak sakit kan? Saya sakit... Tak boleh ke amore bawa saya sekali? Saya nak teman amore dekat sana" Ucap Syed saat sudah selesai mengucup isterinya
"Syed..." Sebak nada Tengku Zafran menegur anak lelakinya. Bahu Syed di tepuk lembut
Syed mendongak memandang Tengku Zafran. Hanya riak wajah kosong sahaja yang menjadi tatapan Tengku Zafran. Senyuman manis anaknya sudah hilang seiring dengan pemergian isterinya
Syed menghembus nafas dengan berat. Dia berdiri dan memilih untuk melihat sahaja proses pengebumian kerana dia tidak kuat untuk melakukan perkara tersebut
Ermelia terduduk lemah ni tepi kubur Raisya. Baru sahaja mereka bertemu semula dan sekarang Raisya sudah pun meninggalkan dirinya sekali lagi
"Aku sayang kau Rai... Tunggu aku dekat sana ye..." Ucap Ermelia dengan air mata yang laju mengalir
Keluarga Raisya turut berada disitu, mereka menyaksikan kepergian Raisya buat selamanya. Mereka seharusnya bahagia bukan? Mereka seharusnya bahagia kerana kini Raisya sudah tiada. Tetapi hakikatnya tidak...
Encik Fakrul yang pernah membenci Raisya kini menangis meratapi pemergian anak tirinya
Dia sudah dapat menerima Raisya tetapi malangnya sudah terlambat. Kenapa baru sekarang perasaan serba salah timbul? Kenapa baru sekarang dia dapat menerima Raisya?
Penyesalan seumur hidup. Itulah yang Puan Rose rasakan, dia merasa gagal menjadi seorang ibu. Dia mengsia-siakan anugerah terindah serta amanah yang Allah berikan padanya. Dia gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya Raisya dapat daripada kecil lagi
Selepas selesai membaca doa, satu per satu mula berunsur pulang. Kini hanya tinggal Syed sahaja yang masih duduk di situ
Dia tidak mahu pergi, dia mahu tetap berada di situ untuk menemani isterinya. Dia mahu tetap berada di sisi Raisya
"Assalamualaikum amore..." Lembut nada Syed memberi salam
Syed menatap batu nisan yang tertulis nama isterinya. Dia tersenyum pahit dan kemudian dia terus menangis
"Amore..."
"Amore okay ke dekat rumah baru ni? Saya risau dan tak sanggup nak tinggalkan amore seorang-seorang dekat sini"
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...