Raisyed | 3

6.5K 278 8
                                    

"SYED bila nak bagi mummy menantu?" pertanyaan daripada puan Alia membuatkan dahi Syed berkerut. Tidak pernah lagi dia mendengar puan Alia bertanya atau berbual tentang topik berkaitan menantu sebelum ini

Sangat mencurigakan.

"Menantu?" ulang Syed dengan riak wajah yang kebingungan. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Macam tidak percaya sahaja sebenarnya ni

"Yes menantu" puan Alia mengangguk dengan riak wajah serius. Syed ditatap dengan penuh harapan

"Kenapa mummy tanya Syed? Tanya la abang tu bila dia nak kahwin, tak pun mummy tanya  Wan" ujar Syed dengan selamba. Dia mempunyai abang dan adik, tetapi boleh pula puan Alia bertanya soal menantu pada dia seorang sahaja. Mana adil!

Sepatutnya tanya abang dia dulu! Abang dia tu yang sudah semakin hari, semakin tua

"Diorang kan memang dah ada calon, tinggal kahwin je. Cuma Syed seorang yang belum ada, mummy nak calon menantu daripada Syed pula"

"Tak ada orang nak Syed la mummy" lembut nada Syed berkata. Turut Syed selitkan senyuman kecil buat mummynya

"Huh? Syed tak akan la tak ada suka sesiapa kan? Mummy tahu, mesti ada punya"

Syed terdiam seketika. Tidak tahu mengapa gadis di taman tempoh hari terlintas di kepalanya. Mengapa dia berasa tertarik kepada gadis asing itu?

"Tak ada. Mummy doa-doakan lah supaya jodoh Syed cepat sampai" Syed menggosok belakang lehernya dengan janggal

"Mummy akan selalu doakan anak-anak mummy" puan Alia menepuk belakang badan anaknya seakan-akan memberi semangat

"Semoga jodoh anak mummy ni cepat sampai, kesian mummy tengok, tak ada siapa nak dia" tambah puan Alia lagi tetapi dengan nada sindiran

Syed tergelak kecil ketika mendengar sindiran puan Alia. Terasa? Tidak. Hanya terhibur sahaja

"Syed dah nak balik ni mummy" Syed lekas bangun dari duduknya selepas meminta izin untuk pulang ke rumah. Dia datang ke situ pun hanya sekadar untuk melawat puan Alia sahaja. Melepas rindu

"Ala sekejapnya, mummy tak puas lagi tengok muka anak mummy yang manja ni" puan Alia ikut berdiri dan spontan pipi Syed dicubit geram

"Eee, apa ni mummy. Mummy suka cakap benda bukan-bukan" murung mukanya tatkala di gelar manja oleh mak sendiri. Dia manja? Mana ada!

"Mummy cuma cakap benda yang betul. Habis la bakal isteri kamu nanti kena layan perangai manja suami dia"

"Apa macam tu pula, Syed tak manja la mummy... Bakal isteri Syed nanti mesti beruntung sebab dapat suami yang hensem macam Syed ni " bangga dan yakin sekali riak wajah Syed. Cis...

Puan Alia tergelak. Kepala turut tergeleng sama

"Beruntunglah sangat" meleret puan Alia

Tangan mummynya di capai dan di salam. Sempat juga Syed memeluk puan Alia. Lama...

"Mungkin Syed yang beruntung kalau Syed dapat jadikan dia isteri Syed" bisik Syed di tepi telinga mummynya

Pelukan di leraikan lalu Syed tersenyum senget

HATI YANG MATI

Raisya yang pada ketika itu sedang bekerja mengeluh kecil kerana kepenatan, mana tidaknya jika Raisya yang berbadan kecil itu harus mengangkat bertimbun-timbun stok barang yang baru sahaja sampai seorang diri

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now