Raisyed | 54

2.7K 182 26
                                    

Nafas berat dihembus ketika dia berdiri di hadapan rumah keluarganya. Raisya tahu dia tidak patut berada di situ lagi, tetapi dia tetap datang walaupun dia tahu kehadirannya tidak dialu-alukan. Selepas sekian lama, dia akhirnya datang lagi ke situ

"Untuk kali terakhir Rai" Ucap Raisya sambil mengenggam kuat tangannya

Raisya bertekad untuk meminta maaf kepada Puan Rose dan Encik Fakrul. Dia ingin berjumpa mereka buat kali yang terakhir sebelum dia pergi

Kebetulan pintu rumah tidak berkunci ketika dia sampai. Raisya pun membuka pintu dengan perlahan-lahan dan masuk selepas memberi salam

"Kenapa pintu tak kunci ni, bahaya la" Omel Raisya di dalam hati semasa melangkah masuk

Masuk sahaja ke dalam rumah, dari jauh Raisya mendengar gelak tawa Puan Rose, Encik  Fakrul dan Fakhriy di meja makan

"Nampaknya kalau aku dah tak ada nanti diaorang akan okay. Tak apa la, aku tak perlu risau pasal diorang" Ucap Raisya dengan nada yang perlahan. Jika sekarang pun mereka baik-baik sahaja, apatah lagi nanti

Adanya Raisya ataupun tidak seakan-akan tidak memberi kesan langsung kepada mereka

"Ibu, ayah, adik. Isya balik ni" Rumah yang tadi bising dengan gelak tawa terus menjadi senyap sunyi

Langkah kaki mereka mula kedengaran semakin mendekat dengan Raisya

"Siapa suruh kau datang sini?!" Lantang suara Encik Fakrul menengking Raisya

"Awak pun kenapa tak kunci pintu?" Encik Fakrul memandang wajah Puan Rose dengan tatapan tajam

"Saya memang selalu tak kunci pintu. Saya tak tahu pula perempuan ni nak datang, kalau saya tahu saya kunci" Balas Puan Rose sinis

Raisya hanya tersenyum. Sudah tidak terkejut apabila Puan Rose berkata seperti itu

"Untuk kali terakhir je ayah" Jawab Raisya dengan nada yang lembut. Dia hanya menunduk dan memandang lantai sahaja. Raisya takut dengan pandangan Encik Fakrul yang memandangnya dengan tatapan yang penuh dengan kebencian

"Untuk kali terakhir la sangat" Balas Encik Fakrul sambil memandang Raisya dari atas sampai bawah

Fakhriy yang ada di situ hanya terdiam. Jujur dia rindukan Raisya, dia ingin memeluk tubuh kakak tirinya kerana sudah lama mereka tidak bersua

"Ayah..." Seru Raisya dengan selembut yang boleh

"Jangan panggil aku ayah. Aku bukan bapak kau" Raisya tetap tersenyum walaupun apa yang Encik Fakrul katakan membuatkan hatinya sedikit terguris

"Isya rindu sangat-sangat dekat ibu, ayah dengan adik" Ceria nada suara Raisya memberitahu tentang apa yang dia pendam selama ini

"Kitaorang sikit pun tak rindu kau, kitaorang bahagia je tanpa kau. Kau je yang menyemak dekat sini, beria nak rindu bagai" Kata Puan Rose. Encik Fakrul tersenyum bangga selepas mendengar apa yang isterinya katakan

"Isya teringin la jadi adik" Ucap Raisya secara tiba-tiba. Puan Rose dan encik Fakrul terus menoleh sekilas memandang Fakhriy dan kembali menatap Raisya dengan kerutan di dahi

"Isya teringin nak jadi dia sebab dia dapat rasa kasih sayang ibu. Masa Isya kecil, Isya tak dapat rasa pun sebab ibu dengan abah asyik bergaduh je, hm. Isya cemburu dengan adik sebab dia dapat peluk dan cium ibu. Dia pun dapat makan sama-sama dengan ibu ayah"

"Isya tak pernah minta apa-apa pun selain kasih sayang ibu dan minta ayah terima dan layan isya dengan baik"

"Isya tahu dan Isya sedar ayah tak suka dan bencikan Isya sebab Isya ni bukan anak ayah"

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now