Raisyed | 25

3.3K 153 8
                                    

"Korang nak ikut aku tak?" Tanya Syed kepada Mikael dan Nadhmi yang sedang seronok bermain game di ruang tamu. Masing-masing terlihat serius dengan permainan video tersebut sehingga tidak perasan akan kewujudan Syed

"Mi...El..." Dengan nada serius Syed memanggil mereka berdua

"Ye Syed!" Lekas mereka berdua meninggal permainan video itu dan terus pergi menghampiri Syed

"Korang nak ikut ke tidak?" Ulang Syed semula

"Nak pergi mana?" Tanya Nadhmi dan Mikael serentak. Setahu mereka Syed tidak ada kerja hari ini dan jarang sekali Syed akan mengajak mereka untuk keluar bersama. Selalunya Mikael yang harus membodek dan mencari belas kasihan hanya semata-mata untuk mengikut Syed

"Jumpa Aisy" Nadhmi dan Mikael serentak mengecilkan mata mereka. Betulkah apa yang mereka ini? Syed betul-betul mahu pergi berjumpa Raisya?

"Tak payah la pandang aku macam tu. Korang nak ikut ke tak nak ni? Kalau tak nak aku pergi sendiri je la" Kurang selesa pula Syed dibuatnya ketika Nadhmi dan Mikael menatapnya sebegitu

Sekaligus Syed menjulingkan matanya kerana sudah tiga kali dia bertanyakan soalan yang sama sahaja namun mereka berdua ini masih tidak menjawab

Mikael dan Nadhmi memandang satu sama lain. Syed pula masih lagi berdiri sahaja belakang sofa menanti jawapan daripada meraja 

Selepas beberapa minit serentak mereka memandang Syed semula. Mereka mengangguk

"Nak!" Ujar Mikael dengan semangat

Tanpa melengahkan lagi masa, mereka terus bergerak ke sana dengan secepat mungkin


  Syed, Nadhmi dan Mikael pun tiba di CU selepas sepuluh minit. Mereka bertiga turun dari motorbike masing-masing dengan dahi yang berkerut. Keadaan kedai yang terkini itu membuatkan mereka terkejut. Apa yang dah terjadi selama mereka tiada?

Syed membuat muka kebingungan di sebalik helmet yang di pakai. CU mart itu telah pun kosong dan gelap gelita. Syed sempat mengintai dan ternyata kedai tersebut sememangnya terlihat sudah tidak beroperasi

"CU ni tutup macam dah tutup la Syed" Ujar Nadhmi dengan lembut

"Cuba kau call Rai, Syed" Ujar Mikael pula. Mikael masih lagi berfikir positif dan menganggap hari tersebut adalah hari cuti sedunia

Syed mengangguk tanda setuju dengan idea Mikael. Nombor telefon Raisya terus didail

Berkali-kali Syed mencuba tetapi tetap tidak dapat menghubungi Raisya. Panggilan tersebut tidak dapat bersambung

"Tak dapat" Ucap Syed dengan nada kerisauan

"Entah-entah Rai lari sebab kau reject dia. Mana la tahu dia pun perlukan masa macam kau" Kata-kata Mikael membuatkan Syed menjadi semakin risau. Si Mikael ini pun satu, bukannya mahu bercakap perkara yang baik. Boleh pula dia mengeruhkan lagi keadaan

Dahi Syed berkeringat di sebalik helmet. Adakah dia sudah kehilangan Raisya?

"Kau jangan nak merepek la, El" Marah Nadhmi sambil menggeleng kecil

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now