Raisyed | 41

2.8K 154 8
                                    

"Amore bangun, subuh" Syed mengejutkan isterinya dengan nada yang sangat lembut. Syed menarik selimut jauh daripada Raisya dan menepuk perlahan bahu Raisya yang beralaskan baju tidur

"Hm" Raisya menepis dan menarik semula selimut hingga menutupi seluruh badannya

"Bangun cepat kalau tak saya dukung amore" Syed bercakap dengan nada yang tegas sambil bercekak pinggang saat masih duduk di atas katil

Dengar sahaja perkataan dukung terus segar mata Raisya, dia terus duduk dan tersenyum senget

"Imsayang nak dukung saya ke?" Tanya Raisya sambil tersengih ke arah Syed

"T..tak n..nak" Terus gagap Syed dibuatnya. Niat mahu mengugut Raisya malah lain pula yang jadi

"Kenapa tak nak pula? Tadi kata nak dukung" Raisya memiringkan kepalanya sekaligus mencebik

"M..mana ada saya cakap macam tu" Raisya mengecilkan mata. Mula merapu pula si Syed ini. Tadi terang-terang dia sendiri yang cakap nak dukung, sekarang tak nak mengaku pula

"Saya tak pekak lagi tau Imsayang... Saya dengar Imsayang cakap nak dukung saya tadi" 

"Amore salah dengar tu, dah jom la solat cepat. Tak baik tau melambat-lambatkan" Syed terus mencapai sejadah dan membiarkan sahaja Raisya yang masih duduk di atas katil

Raisya mendengus kasar sambil dia menjeling Syed yang sedang sibuk membentang sejadah

"Imsayang memang tak nak angkat saya ke? Betul ni? Yakin?" Tanya Raisya lagi. Mana la tahu Syed berubah fikiran ke

"Yee amore... Saya yakin, amore bangun la sendiri"

"Bangun sendiri? Okay saya bangun ni" Raisya tersenyum jahat

Perlahan-lahan Raisya mendekati Syed setelah bangun daripada katil. Syed yang perasan akan bunyi tapak kaki pun menoleh ke belakang dan dengan cepat dia menjauhi Raisya

"Amore kenapa ni? Bilik air dekat sana la. Pergi la ambil wuduk" Arah Syed sambil mengundur ke belakang. Sebelah tangannya pula menunjuk ke arah bilik air

"Saya tahu la bilik air dekat situ. Saya nak peluk Imsayang dulu sebelum pergi ambil wuduk. Nak ambil semangat" Kata Raisya

"Jangan peluk sekarang amore, nanti lepas solat amore peluk la puas-puas" Panik Syed

"Tapi saya nak sekarang" Raisya makin mendekat dan Syed pula semakin cemas

Raisya mendepakan tangannya mencuba memeluk Syed

"Amore jangan!" Syed menunduk dan terlepas dari Raisya. Sempat lagi Syed menarik nafas lega

"Mana boleh lari! Datang sini balik. Saya nak peluk je pun" Raisya memandang suaminya dengan pandangan yang tajam. Tidak luas hati! Nak peluk je, bukan nak pukul pun. Takut semacam

"Saya tak lari pun. Saya berdiri je, berdiri jauh sikit daripada amore" Ujar Syed

Raisya membuka langkah untuk mencuba sekali lagi. Langkahnya laju kerana dia ingin memastikan Syed tidak akan terlepas

Syed terus berlari, dan Raisya pula mengejar. Setelah hampir lima minit berkejaran, Raisya berdecit kerena gagal menangkap Syed

"Amore jangan la kejar!" Ucap Syed sambil berlari di sekitar bilik. Dia juga memanjat serta membaling semua bantal yang ada ke arah Raisya

"Imsayang tu berhenti la dulu!" Ucap Raisya pula. Masing-masing tidak mahu mengalah mahupun berhenti

Bantal yang dapat di elak, Raisya angkat dan dibaling semula ke arah Syed dengan perasaan geram. Kalau dia dapat si Syed ni, siap la dia kerjakan

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now