Suasana di dalam rumah terasa sangat janggal selepas Raisya meminta Syed untuk menceraikannya. Mereka berdua seakan akan orang asing yang duduk serumah, langsung tidak bertegur mahupun bercakap
Seharian, tiada langsung bunyi suara Syed mahupun Raisya
Raisya cuba untuk menegur dan bertanya tentang penceraian mereka tetapi Syed mengelak daripadanya. Dan sudah pasti Raisya tahu apa penyebabnya
Raisya tahu suaminya enggan bercerai, dan bergitu juga dengan dia. Tapi apa yang dia boleh lakukan? Dia juga buntu, dan hanya ini jalan yang paling terbaik
Disebabkan Raisya berasa bosan serta rimas terperap di dalam rumah, dia pun keluar dan duduk di bangku yang terdapat di rumah mereka. Dia mengeluh kecil, kini semuanya musnah, Raisya bakal kehilangan semuanya. Kebahagiaan, ketenangan dan yang paling utama ialah rumahnya iaitu Syed
"Ya Allah, kau benci aku ke? Kenapa kau datangkan ujian seberat ini untuk aku?" Ucapnya sendiri sambil memandang langit. Munafiklah jika dia tidak mempersoalkan semua ini
Bertapa susahnya dia ingin menggapai kebahagiaan, dan apabila dia sudahpun berjaya mendapatkan kebahagiaan tersebut, ianya musnah dalam sekelip mata sahaja
"Amore..." Raisya dengan segera menoleh ke arah suara yang memanggilnya
Raisya menayangkan wajah ketat, walhal di dalam hati dia berasa sangat gembira kerana dapat mendengar suara Syed, jujur dia rindu
"Ha" Raisya menyaut dengan tidak acuh
"Amore buat apa dekat luar ni? Tak panas ke?" Soal Syed sambil turut memandang langit. Matahari terpacak tinggi, isterinya boleh pula duduk di luar. Nak kata ambil angin, angin pun tiada
"Tak" Jawab Raisya sepatah. Raisya kembali memandang langit dengan mata yang tertutup, sengaja mahu menghirup udara segar untuk seketika
"Amore bosan tak? Jom kita pergi pusing-pusing. Vroom vroom nak?" Raisya kembali membuka matanya dan menoleh ke arah Syed semula dengan dahi yang berkerut
"Malas" Jawab Raisya dengan dingin
"Kalau Imsayang nak pujuk saya, keputusan saya tetap sama. Tiada perubahan. A tetap A" Tambah Raisya lagi. Bukannya dia tidak dapat mengagak semua itu. Dia tahu Syed cuba untuk memujuknya agar dia mengubah fikiran
Raisya bangun dari duduknya dan terus berjalan melepasi Syed. Syed masih terkaku di luar. Adakah ini pengakhiran mereka? Adakah dia harus melepaskan Raisya meskipun dia sangat mencintai isterinya?
"Apa yang saya kena buat ni amore? Amore memang tak sayang saya ke... Saya tak boleh lepaskan amore..." Ucap Syed seorang diri. Entah apa yang harus dia lakukan untuk memujuk Raisya. Dia perlukan Raisya, Raisya harus tetap berada di sisinya kerana isterinya adalah segalanya bagi Syed
HATI YANG MATI
Syed menayangkan wajah terkejut dan segera menoleh ke arah pintu rumah Selepas mendengar bunyi kaca pecah. Dengan pantas Syed berlari masuk
Dia terus menuju ke dapur. Matanya membuntang ketika melihat isterinya terduduk dengan tapak tangan yang berdarah, di sekeliling isterinya hanya penuh dengan serpihan kaca
Syed mendekati dan terus memegang tangan isterinya. Raisya hanya terdiam dengan riak wajah kosongnya. Tangan Raisya menggigil kecil
Tanpa berkata apa-apa mahupun bertanya, tubuh Raisya terus di angkat dan di bawa ke bilik. Tangan Raisya telah pun di sapukan dengan ubat dan sudah pun dibalut dengan kemas
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...