Raisyed | 45

2.4K 143 21
                                    

Raisya terbangun dari tidur lenanya akibat rasa sakit yang menyerang secara tiba-tiba. Dengan semua kekuatan yang dia ada, Raisya bangun dan keluar dari bilik tidur mereka dengan berhati-hati. Dia tidak mahu menggangu tidur Syed

Raisya turun ke bawah dan terus menuju ke dapur untuk mencari panadol. Sudah merata tempat dia mencari, tetapi tetap tiada. Kepalanya masih lagi berdenyut

Dengan lemah Raisya mengatur langkah ke ruang tamu untuk berbaring di atas sofa. Kepalanya di pukul beberapa kali. Dia cuba mengabaikan rasa sakit itu dengan cara menutup mata. Mata terus di pejamkan

Malangnya rasa sakit itu masih tidak hilang, malahan semakin sakit. Raisya memegang wajahnya tatkala merasakan seperti ada cecair yang keluar dari hidungnya

Terbuntang mata Raisya ketika melihat ada cecair merah pada tapak tangan. Dia berlari kecil menuju ke bilik air tingat bawah. Dengan kasar dia mencuci tangan serta mukanya

"Kau kenapa ni Rai?" Soal Raisya sambil menatap dirinya sendiri pada pantulan cermin

"Aduh.... Sakitnya..." Raisya kembali memegang kepalanya dan dia terduduk lemah di dalam bilik air. Tiada tenaga lagi untuk bangun mahupun kembali ke ruang tamu

"Amore" Apabila medengar sahaja suara Syed, Raisya terus memaksa dirinya untuk bangun. Badannya menggigil kecil kerana sedang menahan sakit

"Ye Imsayang" Raisya menyaut dengan riak wajah yang pucat. Badannya lesu dan tidak bermaya

"Subuh. Jom solat" Wajah Raisya di usap perlahan. Raisya mengerutkan keningnya dan mengerling ke arah jam yang ada di ruang tamu. Tidak dia sangka subuh sudah menjelang dengan bergitu cepat

Raisya mengangguk perlahan dan terus naik ke bilik semula

Selepas selesai solat, dengan lemah Raisya mendekati dan berbaring di atas peha Syed. Raisya hanya diam sambil menutup mata

Syed tersenyum kecil. Kepala isterinya di usap perlahan dan dia juga menepuk perlahan bahu Raisya seakan-akan sedang mendodoikan isterinya

"Amore masih mengantuk ke?" Soal Syed lembut

"Hm" Respon Raisya Ringkas sambil mengangguk kecil

"Tidur la..." Ucap Syed dengan senyuman manis yang terukir di bibir

Tangan kanan Syed setia menepuk bahu Raisya  dan tangan kirinya pula digunakan untuk memegang al-quran. Alunan bacaan dibaca lembut tanpa berhenti menepuk isterinya

Sakit kepala Raisya semakin berkurang dan akhirnya membolehkan Raisya untuk tidur. Berbaring di atas peha suaminya adalah tempat yang paling selesa ketika itu

HATI YANG MATI

Raisya mencelikkan matanya. Dia mengerutkan kening apabila tersedar bahawa dia telah pun terlajak tidur

Dengan kalang kabut Raisya duduk dan seketika dia menjadi bingung. Raisya melihat sekeliling

"Sejak bila aku naik atas katil?" Soalnya sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal

Dia hanya mengabaikan soalan itu dan terus keluar dari bilik untuk mencari suaminya. Syukur kerana kepalanya sudah tidak lagi sakit seperti subuh tadi

Kelihatan dari arah ruang tamu Syed sedang duduk di situ

"Imsayang..." Panggil Raisya dengan wajah yang mamai

"Amore dah bangun? Amore nak makan?" Tanya Syed sambil memperbetulkan lengan pakaian. Dia bangun untuk mendekati isterinya. Dahi Raisya dikucup lama

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now