Raisyed | 16

4K 196 4
                                    

"Eh awak!" Raisya yang sedang sibuk menyusun stok sedikit terhinjut apabila di jerkah daripada belakang

"Ye?" Ucap Raisya perlahan sambil menoleh ke belakang

Perempuan yang ada di hadapannya hanya tersengih kecil tanpa berkata apa-apa. Raisya mengecilkan mata. Terasa seram sejuk pula

"Awak perlukan apa-apa ke?" Tanya Raisya sambil memandang sekeliling. Mana tahu, perempuan itu perlukan bantuan untuk mencari sesuatu

"Awak tak ingat saya ke?" Lembut perempuan itu bertanya. Matanya bersinar-sinar memandang wajah cantik Raisya. Mustahil Raisya melupakan dia. Baru sahaja minggu lepas mereka bertembung

Dengan kening yang terangkat Raisya menggelengkan perlahan. Raisya betul-betul tak ingat dan tidak kenal dengan perempuan ini

Perempuan tersebut tergelak kecil. Tak sangka Raisya betul-betul tidak mengenalinya. Dia ingatkan Raisya main-main sahaja

"Saya orang yang langgar awak minggu lepas masa awak baru je keluar daripada bilik awak" Terangnya 

"Oh! Ingat! Saya dah ingat" Kata Raisya. Baru sekarang dia ingat, tetapi tidak boleh salahkan Raisya juga kerana Raisya memang pelupa orangnya

"Kenapa awak tak call saya? Saya tunggu panggilan awak tapi awak tak call pun" Dengan nada yang kedengaran sedikit kecewa perempuan itu berkata

Raisya tersenyum janggal. Aduh! Macam mana nak jawap ni

"Saya lupa" Jujur Raisya. Bukan memberi alasan semata-mata tetapi memang betul. Sticky note yang diberi pun masih lagi terselit di beg tangan Raisya. Teruk betul tahap pelupa si Raisya Adriana ini. Adoi...

Mereka berdua serentak tergelak kecil

"Awak kerja dekat sini?" 

Raisya menganggukkan kepala

"Dekat sini ada nak cari pekerja tak? Kalau ada, saya nak kerja"

Terus bersinar-sinar mata Raisya. Rasa macam merdeka. Mana tidak gembira, dia bekerja hanya sendiri sahaja selama ini. Kalau ada pekerja baru senang la sikit. Boleh buat kerja sama-sama. Kurang sedikit beban yang harus di pikul

"Rasanya ada, sebab saya seorang je yang kerja dekat sini. Nanti saya tanya bos dulu" Kata Raisya pantas. Raisya sangatlah teruja sekarang

"Nama awak apa? Saya Ermelia Qiztina, panggil je Lia" Ucap Ermelia sambil tersenyum mesra

"Raisya. Raisya Adriana. Panggil Rai" Ucap  Raisya pula 

Setelah Ermelia berpamit pergi, Raisya kembali menyambung kerjanya semula sementara menunggu Syed

Raisya berdecit. Sepatutnya Syed dah sampai, tetapi kenapa tak sampai-sampai pula ni

"Mana dia ni. Tak nak teman aku ke hari ni" Raisya mula gelisah dan berasa sedikit kecewa. Harinya bakal menjadi hampa tanpa kedatangan Syed. Haih... Apa la nasib

Terlalu lama Raisya melayan perasaan sehingga tidak sedar akan telefon bimbitnya berbunyi

Selang beberapa minit Raisya kembali tersenyum dan menghembus nafas lega apabila menerima pesanan daripada Syed

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now