Raisyed | 55

3.1K 180 19
                                    

Raisya menggaru kepala yang terasa sedikit gatal, lalu dia berdiri dari baringan untuk menggeliat kecil. Raisya memandang ke tempat Syed dengan kerutan di dahi. Baru perasan suaminya tiada di atas katil. Dengan kebingungan dia berfikir. Mahu kata kerja pun tidak juga. Kerana jika Syed kerja, sudah pasti dia pun tahu, mustahil suami sendiri pergi kerja pun dia tidak tahu. Tetapi pagi ini, Syed hilang bergitu sahaja

Dengan kebingungan Raisya turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur terlebih dahulu untuk mendapatkan air. Sudah menjadi rutinnya untuk minum air terlebih dahulu selepas bangun tidur

"Morning Haru, Maru" Sempat Raisya menegur anak kucingnya yang sedang bermain tidak jauh dari dapur dengan nada yang ceria. Geli hati melihat kecomelan mereka

Cawan di ambil dan dia terus mengatur langkah ke peti ais. Terangkat kening Raisya tatakala melihat ada beberapa keping sticky note yang tertampal di situ

Sticky note itu diambil dan dibaca. Apa yang tertulis di situ dibaca dengan teliti tanpa tertinggal walau satu pun patah perkataan

"Good morning amore, saya minta maaf sebab keluar tak bagitahu amore. Saya nak kejut tapi tak sampai hati. Saya cuma nak bagitahu yang saya keluar sekejap sebab nak beli barang"

Raisya mencebik. Sampai hati nak beli barang tak ajak dia. Dia pun nak beli barang juga

"Mesti amore pelik kan kenapa saya tulis dekat sticky note ni lepas tu saya tampal dekat peti ais? Saya tulis sebab phone saya tak ada battery, jadi saya keluar tak bawa phone. Lagi satu, saya lekat dekat peti ais sebab saya tahu isteri saya ni akan pergi dapur dulu lepas dia bangun. Jadi, mesti isteri saya akan nampak note saya. Betul tak?"

"Amore jangan la pelik sebab tak nampak saya. Saya pergi sekejap je... Amore jangan rindu saya pula

Raisya tersenyum lebar untuk sesaat dan terus tergelak terbahak-bahak ketika sudah habis membaca kesemua sticky note itu. Menyempat lagi cakap pasal rindu. Tapi memang dia sedang rindukan Syed pun

Darah mula mengalir keluar daripada hidung ketika dia sedang tergelak. Dengan pantas Raisya mengelap hidungnya menggunakan tapak tangan. Darah yang keluar daripada hidung bagaikan menyedarkan Raisya tentang apa yang bakal terjadi nanti

Senyuman lebar yang tadi menghiasi wajah Raisya terus hilang bergitu sahaja

Raisya membasuh mukanya di bilik air dan kembali ke dapur untuk mengambil ubat. Air sejuk di teguk bersama dua biji ubat

Raisya terlompat kecil dan hampir tersedak apabila merasakan sesuatu yang lembut di kaki. Dia menunduk dan tergelak terkecil. Haru dan maru menggeselkan kepala di kaki Raisya seakan akan meminta sesuatu

"Nak apa ni hm?" Tanya Raisya sambil mengangkat Haru dan Maru

"Lapar ke?" Tanya Raisya lagi seolah-olah Haru dan Maru boleh menjawab pertanyaannya

Dia meletakkan semula Haru dan Maru ke bawah. Bekas makanan mereka Raisya isikan dengan makanan, air minuman mereka juga Raisya gantikan dengan air yang baru

Tidak lekang Raisya memerhatikan anak kucingnya makan

"Haru Maru tolong jagakan Imsayang ye... Tolong saya tau..." Ucapnya ketika itu

"Assalamualaikum" Mendengar sahaja suara Syed dari arah depan, Raisya terus berlari itik ke ruang tamu dengan perasaan teruja

"Imsayang!" Sapa Raisya dengan ceria

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now