"Amore!" Syed terbangun dari mimpi buruknya. Dia terus menoleh ke arah tempat tidur isterinya, namun Raisya tiada di sebelah
Dengan kalang kabut dan nafas yang tercungap-cungap Syed berlari keluar daripada bilik tidur dan apa yang di cari semestinya Raisya. Dengan peluh di dahi seakan-akan baru lepas menyertai marathon Syed memanggil isterinya berulang kali, jantungya berdengup kencang
Raisya keluar daripada dapur dengan dahi yang berkerut. Dengan wajah yang lesu Raisya pergi menghampiri Syed yang sedang berlari menuruni anak tangga
"Awak ni dah kenapa?" Soal Raisya dengan kebingungan. Terkejut dia dibuatnya, dia yang sedang sibuk memasak maggi pun merasa terganggu dengan jeritan Syed
Tanpa menjawab pertanyaan Raisya, tubuh isterinya terus ditarik dan dipeluk erat. Raisya cuba menolak tetapi makin erat pula pelukkan Syed
"Sekejap amore. Let's hug for a few minutes" Ujar Syed dengan nafas yang masih tercungap-cungap
Raisya yang pada mulanya tidak membalas pelukan Syed pun perlahan-lahan menaikkan tangannya dan menepuk belakang badan Syed
Pelukkan dileraikan. Raisya mengesat peluh di dahi Syed dengan perasaan yang ingin tahu. Ingin tahu mengapa Syed berkelakuan seperti itu. Dah macam lepas nampak hantu pun ada juga
"Imsayang okay?" Soal Raisya lembut dengan nada yang kerisauan. Risau pula jika Syed sakit
"Nightmare amore. Saya takut" Adu Syed dengan bibir yang mencebik
Raisya memegang tangan suaminya sambil tersenyum nipis. Dia cuba untuk menenangkan sang suami yang masih lagi takut. Entah mimpi apa yang Syed alami sehingga ketakutan seperti itu sekali
"Jangan la takut, saya kan ada. Lagipun sekarang kan dah pagi, Imsayang anggap je la mimpi tu dah tolong saya kejutkan Imsayang" Ujar Raisya
"Amore jangan tinggalkan saya tau" Raisya hanya diam. Walau apa pun yang terjadi, dia pasti akan meninggalkan Syed tidak kira lambat ataupun cepat
Raisya hanya mampu merespon dengan senyuman sahaja
"Imsayang nak makan? Saya ada masak maggi" Pelawa Raisya sekaligus mengubah topik
Syed bertindak memeluk erat lengan isterinya sambil menggelengkan kepala. Dia tidak mahu makan dan tidak mahu berjauhan dengan Raisya
"Er... Kalau tak nak pergi la mandi ke, main dengan haru maru ke. Saya nak pergi makan ni" Raisya pelik dengan kelakuan Syed. Jika tidak mahu makan sekurang-kurangnya janganlah menganggu
"Biar saya teman. Saya nak teman amore makan" Lengan Raisya dirangkul kemas. Tidak lekang Syed memandang wajah isterinya. Dengan terpaksa Raisya membiarkan Syed menemaninya makan, meskipun berasa kurang selesa saat di tenung tanpa berkelip
Raisya mengeluh berat apabila Syed tidak berhenti mengikuti dia walau kemana pun dia pergi. Silap-silap kalau masuk tandas pun Syed nak ikut agaknya
Raisya memandang tajam ke arah Syed sambil bercekak pinggang
"Imsayang nak apa sebenarnya ni?" Soal Raisya dengan dingin
"Nak ikut amore" Jawab Syed selamba dengan riak wajah seperti tidak melakukan sebarang kesalahan. Polos!
"Tak payah ikut" Keras Raisya memberi arahan, tetapi Syed langsung tidak ambil peduli dan tetap mengekori Raisya
Pada awalnya Raisya berjalan sehinggalah dia berlari. Stress dia apabila Syed berkepit sahaja. Raisya berlari dan terus masuk ke dalam bilik, lalu bilik itu di kunci bagi menghalang Syed masuk
![](https://img.wattpad.com/cover/345155205-288-k347363.jpg)
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...