Raisyed | 30

5K 211 3
                                    

"Amore, kita dah sampai" Raisya yang terlelap di dalam kereta terus membuka mata dengan perlahan-lahan ketika di kejut Syed

Dia menggeliat kecil dan turut menggosok matanya. Raisya mengecilkan mata, tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat sekarang. Rumah Syed? Besarnya!

"Ini rumah awak ke Imsayang?" Soal Raisya tidak percaya

"Rumah kita" Balas Syed memperbetulkan kata Raisya. Mereka sudah berkahwin, jadi sudah pastilah rumah Syed automatik menjadi rumah mereka berdua

Raisya mengerutkan kening. Haih... Apa-apa je la Syed

"Besar juga rumah ni" Ujar Raisya ceria sambil melihat sekeliling rumah. Ruang tamu yang luas dan lengkap dengan segala perabut. Di luar rumah juga terdapat sebuah bangku kecil. Boleh la nanti, dia duduk di situ untuk mengambil angin sekaligus melihat langit. Seronoknya!

Syed tersenyum kecil melihat reaksi isterinya. Dia gembira kerana Raisya terlihat seronok dan selesa ketika berpijak ke situ

"Bilik saya dekat mana?" Teruja Raisya bertanya secara spontan. Rumah besar, bilik banyak, mesti la dia tidak sabar nak tengok bilik sendiri

"Bilik amore? Amore maksudkan bilik kita ke?" Tanya Syed semula dengan dahi yang berkerut

Raisya mengeluh dan terus menggeleng

"Bilik saya. Bilik saya seorang" Ulang Raisya dengan jelas. Wajah Syed di tatap dengan serius saat menanti jawapan

"Kenapa nak bilik seorang pula? Awak kan isteri saya" Syed menyilangkan tangan sambil menunduk sedikit untuk memandang Raisya kembali

"Kenapa kalau isteri? Tak boleh ke nak tidur sendiri?" Polos Raisya bertanya lagi. Aduhai! Raisya... Raisya...

"Mesti la tak boleh. Amore kena ada di sebelah saya. Bilik kita dekat tingkat atas sebelah kanan" Balas Syed sekaligus terus memberitahu di mana bilik mereka terletak

Raisya dengan monyok berjalan ke arah tangga sambil menghentakkan kakinya. Dia tidak puas hati! Bukan marah sebab kena tidur sebilik, tetapi marah sebab tak dapat bilik sendiri

"Bilik punya la banyak, tapi satu pun tak boleh guna. Buang je la bilik-bilik yang lain kalau macam ni" Kata Raisya sinis dengan perlahan. Meskipun suara Raisya sangatlah perlahan ketika itu, tetapi Syed masih lagi dapat mendengar

Syed yang terhibur pun hanya mampu tertawa sambil menggelengkan kecil. Macam-macam ragam pula di Raisya ini

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik mereka, Raisya terus memulas tombol pintu dengan kasar. Rasa tidak puas hati masih tertanam lagi

Seketika semua perasaan tadi kian meghilang tatkala Raisya melihat kecantikkan bilik Syed. Matanya tidak berkelip memandang setiap sudut bilik. Perasaan teruja muncul kembali dengan sekelip mata

Raisya berlari itik lalu menghempaskan badan ke atas katil. Sengaja mahu memastikan tilam tersebut lembut ataupun tidak

"Selesa juga bilik ni. Tak jadi aku nak marah" Ucap Raisya sambil menepuk tilam empuk milik suaminya

Raisya segera bangun kembali dan turun semula ke ruang tamu. Dia pergi menghampiri Syed secara senyap-senyap dengan niat ingin mengejutkan Syed

"Mbaa! Buat apa tu!" Jerkah Raisya daripada belakang. Bahu Syed turut digoncang

"Ya Allah, amore. Terkejut saya" Tipu Syed sambil mengusap dadanya. Dia sudah tahu Raisya berada di belakangnya daripada tadi lagi, tapi tetap dia biarkan sahaja kerana ingin melihat gelagat Raisya yang menghiburkan

Raisya tergelak puas

"Awak tengah buat apa huh?" Soal Raisya sambil mengintai skrin telefon bimbit Syed. Side eye...

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now