Raisya duduk bersila di atas katil sambil melihat suaminya yang sedang mendirikan solat subuh. Disebabkan dia tidak boleh solat, dia tetap bangun semata-mata kerana ingin melihat Syed
Dia tersenyum manis ke arah Syed yang sedang membelakanginya
"Tengah sembayang pun handsome" Ucap Raisya dengan nada yang perlahan
Selepas beberapa minit melihat Syed, Raisya pun bangun dari tempat tidur dan berjalan ke arah Syed yang sedang membaca doa
Syed mendongak ke atas memandang isterinya, dia tersenyum manis dan terus menarik tangan Raisya supaya duduk di hadapannya
"Amore kenapa bangun ni, hm?" Tanya Syed sambil mengusap pipi isterinya
"Saja nak tengok Imsayang solat" Jawab Raisya mendatar. Dia memandang tepat ke mata suaminya
Syed mengangguk faham
"Amore tahu tak ada apa dengan hari ni?" Tanya Syed lagi
Raisya kebingungan untuk beberapa saat. Dia bukan lah seorang yang ingat akan semua perkara. Sudah tahu isteri sendiri pelupa, masih lagi di tanya soalan sebergitu... Haih...
"Tak... Saya tak tahu. Kenapa dengan hari ni?" Tanya Raisya kembali dengan wajah yang kebingungan
"Kalau tak tahu tak apa la. Amore nak sambung tidur ke tak nak? Kalau tak nak kita boleh la pergi tengok cerita dekat bawah. Tapi kalau tidur pun okay juga sebab awal lagi ni" Dengan pantas Syed menukar topik perbualan di antara mereka
Raisya mengecilkan mata. Macam ada sesuatu sahaja yang dia tidak tahu dan dia malas untuk bertanya kerana dia pun masih lagi mengantuk
"Tidur. Saya nak tidur" Jawab Raisya sambil menguap kecil
"Okay jom" Syed lantas berdiri dan melipat sejadahnya. Raisya pula terus berbaring semula di tempat tidur. Matanya terasa berat
Belum sempat Syed berbaring di sebelah isterinya. Raisya telah pun tertidur dahulu
Syed tergelak kecil apabila melihat isterinya sudah pun lena. Dia mendekati Raisya lalu dia menunduk dan melabuhkan ciuman di dahi isterinya
"Selamat hari jadi amore. Terima kasih sebab jadi isteri saya" Bisik Syed dengan nada yang sangat perlahan dan lembut
Kepala isterinya juga turut di usap sebelum dia naik ke atas katil dan ikut tidur bersama Raisya
HATI YANG MATI
Raisya membuka matanya dan meraba tempat Syed, tetapi kosong. Niat nak peluk suami, tapi suami hilang pula
Dia lantas duduk dan menggosok matanya yang terasa gatal. Raisya berdiri dan cuba berjalan namun dia terjatuh ke lantai, mungkin juga kerana terlalu mamai sehinggakan penglihatannya menjadi kabur
Raisya terduduk di lantai untuk beberapa saat sehinggalah dia berasa sudah tidak mamai lagi
Pintu bilik dibuka, Raisya turun ke bawah sambil memerhatikan sekeliling. Sempat dia mencari Syed di bilik kerjanya namun lelaki itu tiada
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Storie d'amore𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...