Raisya yang pada awalnya tidur dengan tenang lantas terjaga dengan mengejut pada tengah malam akibat rasa sakit yang luar biasa. Tidak berhenti dia berulang alik ke tandas untuk membuang segala isi perutnya
Dia bersandar pada pintu tandas sambil memegang kepala, hampir satu badan terasa sakit dan lemah. Dadanya juga berombak laju. Entah kenapa, tetapi apa yang dia alami kali ini terasa sangat teruk berbanding dengan sebelumnya
Raisya melihat pantulan wajahnya yang pucat di cermin bilik air untuk seketika. Selang beberapa saat, darah mengalir keluar dengan laju daripada hidungnya
Dengan pantas Raisya berlari ke arah singki dengan terburu-buru dan membuka pili air untuk segera membersihkan darah tersebut
Selang beberap minit Raisya keluar daripada bilik air dan dia terus menuju ke bawah untuk mengambil minuman. Tekaknya terasa perit, kepalanya juga masih terasa sakit
Perlahan sahaja Raisya membuka serta menutup pintu kerana dia tidak mahu menganggu lena Syed
Raisya duduk di ruang tamu sambil memicit pelipis kepalanya. Gelas yang berisi air langsung tidak terusik
Meow... Meow
Raisya tersenyum nipis ketika melihat Haru dan Maru datang mendekatinya
"Hey meh sini, meh" panggil Raisya. Dia menunduk sedikit bagi mengangkat kedua anak kucing itu lalu dia letakkan di atas ribanya
Mereka terus berbaring di situ dan tetidur. Raisya pula mengeluarkan tawa kecil
"Amboi suka pula korang tidur sini" ucap Raisya sambil mengelus anak kucing kesayangannya
Meskipun bergitu, Raisya berasa tidak senang duduk kerana rasa sakit yang masih menganggunya. Semuanya datang serentak sehingga membuatkan dia merasa seperti ingin pengsan sahaja supaya dapat menghilangkan rasa sakit itu
"Amore" Raisya yang masih lagi tidak berhenti mengelus si bulus lantas menelengkan kepala, memandang ke arah tangga apabila mendengar suara suaminya
Raisya mengalihkan Haru Maru dan terus pergi menghampiri Syed
"Kenapa Imsayang bangun?" tanya Raisya. Wajah mamai suaminya ditatap tanpa berkelip
"Saya terbangun sebab amore tak ada dekat sebelah, jom la sambung tidur. Awal sangat amore bangun ni" ajak Syed sambil tangannya menggosok sebelah kanan mata yang masih kabur saat itu
"Saya bangun sebab nak tengok kdrama" tipu Raisya dengan riak wajah yang natural. Senyuman kecil di hadiahkan kepada Syed
"Pagi-pagi buta macam ni?" nada Syed ternaik tatkala terkejut dengan apa yang di katakan oleh isterinya. Keningnya pula sedikit terangkat
"Haah" laju Raisya menjawab sambil mengangguk
"Kalau macam tu, amore tengok la cerita amore tu. Tapi saya nak baring dekat atas peha amore boleh? Saya mengantuk tapi saya nak tidur dengan amore"
Raisya mengangguk untuk kedua kalinya tanda sebagai dia bersetuju dan dia kembali duduk di atas sofa semula di ikuti dengan Syed yang berbaring di atas ribanya
Sedikit menggigil badan Raisya ketika itu kerana kesejukkan. Dia juga sedang menahan diri daripada termuntah. Televisyen yang terbuka di penglihatan Raisya tidak ubah seakan cahaya yang bersuara sahaja
Lama kelamaan Raisya tertidur dalam keadaan duduk atau lebih tepat dia pengsan namun tidak Syed ketahui
Syed terlihat tenang saat itu. Tidurnya lena dengan adanya Raisya. Agak lama dia tidur dalam posisi sebergitu sehinggalah mata terbuka di saat Haru dan Maru bertindak mengigit jari kakinya

YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...