Hari demi hari berlalu, dan tanpa sedar hari di mana Syed dan Raisya akan menjadi sepasang suami isteri yang sah pun telah tiba
Raisya yang sedang duduk di hadapan meja solek termenung sendiri sambil menatap skrin telefon bimbitnya. Nombor telefon Puan Rose di tatap sayu
Beberapa minit yang lepas, Raisya menyempatkan diri untuk menghubungi ibunya namun seperti yang di duga, panggilan itu tidak di jawab
"Ibu, hari ni Isya akan jadi isteri orang" Sayu suara hati Raisya
Sampai ke hari ini, Syed masih lagi tidak pernah bertemu dengan keluarga mertuanya disebabkan kerana hubungan Raisya dan ibunya sudah benar-benar terputus
Raisya juga tidak ingin Syed melihat sikap kasar Encik Fakhrul. Jadi, pilihan yang terbaik adalah menjauhkan ataupun memastikan Syed tidak mengenali mereka. Cukuplah Syed mengetahui nama mertuanya sahaja
Raisya dan Syed bersiap secara berasingan atas arahan Puan Alia, Raisya di rumah keluarga mereka manakala Syed pula di rumahnya sendiri
Pintu bilik di buka selepas Raisya memberi keizinin untuk masuk
"Isya, mua dah sampai ni" Kata Puan Alia sambil tersenyum manis ke arah bakal menantunya. Tidak sangka dalam masa beberapa jam sahaja lagi, secara rasmi Raisya akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka
"Okay mummy, suruh la dia masuk" Jawab Raisya lembut sambil membalas senyuman Puan Alia
Setelah lebih kurang dua jam di solek, akhirnya siap juga solekkan di wajah Raisya
"Okay done! Cantik je awak ni, tak payah pakai make up yang banyak dan tebal pun memang seri pengantin tu dah ada" Puji mua tersebut. Tudung yang terlilit di perkemaskan ketika dia memuji
Raisya tergelak kecil ketika mendengar semua itu. Seri pengantin la sangat
"Akak ni, jangan la cakap macam tu. Malu saya" Kata Raisya sambil melihat wajah mua tersebut melalui pantulan cermin. Habis berona merah wajah Raisya tatkala menerima pujian. Raisya memang pantang menerima pujian, kena puji sikit terus kembang
Tetapi, memang tidak dinafikan Raisya memang terlihat sangat cantik pada hari ini dengan baju nikahnya yang serba putih membuatkan dia terlihat sangat berseri. Bidadari? Bidadari tanpa sayap milik Syed
"Akak tak tipu, mesti bakal suami awak pun tak lepas mata pandang awak hari ni" Mua tersebut masih lagi tidak berhenti memuji. So Raisya pula, makin lama makin kembang. Aduh!
"Terima kasih kak. Saya nampak cantik pun sebab akak" Raisya kembali memuji mua tersebut. Jikalau bukan di sebabkan kepakaran bersolek si mua, sudah tentu Raisya tidak akan jadi secantik yang sekarang
Raisya kembali termenung sendiri selepas mua melangkah keluar
Tidak lama selepas itu, Raisya mengukir satu senyuman pahit. Dia sangat merindukan Ermelia, hari ini betul-betul terasa sangat sedih kerana tiada satu pun orang yang dia sayang datang ke majlis kahwinnya
"Aku nak kahwin dah Lia, aku mintak maaf sebab tak jemput kau. Ikutkan hati aku, aku nak sangat jemput kau" Kata Raisya dengan nada sedih. Kalau bukan disebabkan Puan Amirah, sudah pasti sekarang dia sedang berada dengan Ermelia
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...