Syed tetap datang ke CU mart tempat Raisya bekerja setiap hari untuk bertemu dengan Raisya, akan tetapi bayang Raisya pun sudah lagi tidak terlihat di sana. Syed tidak mahu berputus asa, dia harus berjumpa dengan Raisya semula
Syed termenung sendiri sambil dia berdiri di hadapan CU mart. Dia buntu, dia tidak tahu apa-apa tentang Raisya. Di mana dia harus pergi untuk mencari Raisya?
"Dik" tegur seseorang daripada arah belakang Syed dengan lembut
Dengan segera Syed menoleh ke belakang dan matanya bertembung dengan seorang wanita yang sudah sedikit berumur
"Dik, kedai dekat sini dah tutup" ujar wanita itu lagi tatkala melihat Syed yang masih lagi terlihat bingung
"Memang tak akan buka semula ke?" tanya Syed dengan penuh harapan. Harapan agar dapat bertemu dengan Raisya semula selepas kedai ini di buka
Wanita itu hanya membalas dengan menggelengkan kepala
"Makcik tak rasa kedai ni akan di buka semula, pemilik dia dah halau penyewa" jawabnya
Syed hanya sekadar mengangguk faham dan terus beredar daripada situ
"Saya nak cari awak dekat mana lagi Aisy? Saya tak tahu awak tinggal dekat mana, tempat yang awak selalu pergi. Semua saya tak tahu" ucap Syed di dalam hati dengan penuh penyesalan
Syed tiba ke rumahnya dengan riak wajah yang sedih lalu dia menghempaskan badan ke atas sofa. Dia menutup mata untuk seketika bagi merehatkan kepala yang mula terasa sakit
Sesaat... Dua saat...
Syed mula merasakan sepertinya ada sesuatu yang aneh. Dia terasa seperti sedang di perhatikan
Perlahan-lahan dia membuka mata dan...
"Argh!" Jerit Syed dengan mata yang sudah terbuka luas
Apa yang membuatkan Syed terkejut adalah kelakuan Nadhmi dan Mikael yang pada ketika itu sedang merenung wajahnya dengan jarak yang amat dekat
"Argh!" Mikael ikut terjerit apabila Syed menjerit. Nadhmi pula terlihat tenang sahaja
Syed yang sedang baring terus duduk dengan tegak. Mikael dan Nadhmi di pandang dengan tatapan tidak puas hati
"Korang berdua masih tak balik lagi ke?" tanya Syed dengan nada cemberut
"Tak!" serentak Nadhmi dan Mikael berdua menjawab. Degil!
Syed memicit pelipis kepalanya. Aduhai... Sakit kepala tak sempat hilang, datang lagi dua ekor ni yang bakal membuatkan sakitnya menjadi lebih parah
"Kau okay ke tak ni? Muka monyok semacam je" Nadhmi bertanya dengan kerisauan. Dia yakin ini pasti berpunca daripada perkara yang sama
Mikael serius menanti jawapan. Sengaja mahu tunjuk prihatin
"Aku okay. Aku tunggu Aisy dekat CU tadi, tapi kedai tu memang dah tutup dan tak akan buka sampai bila-bila" ujar Syed. Jelas terlihat raut kesedihan di wajah polos Syed
"Tak ada jodoh la tu" Mikael selamba berkata dan tidak sampai seminit dia terus meraung kesakitan secara tiba-tiba. Pehanya seperti biasa telah dicubit oleh Nadhmi tanpa belas kasihan. Sikit-sikit cubit... Ish! Sakit tahu tak?!
"Mi sakit la..." Mikael mencebik. Pehanya terasa berdenyut-denyut
"Kalau tak nak sakit, tutup mulut kau tu" Mikael menganggukkan kepala. Tobat!
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...