Raisyed | 14

3.9K 199 2
                                    

Sejak kejadian itu, hubungan Puan Rose dan Encik Ambri boleh di katakan semakin membaik. Mereka tidak lagi bertengkar seperti kebiasaannya. Suasana rumah yang terasa semakin lebih damai membuatkan Raisya berasa sangat gembira

"Isya jom makan" Ajak puan Rose dengan lembut

"Baik ibu!" Raisya menyahut dengan nada comelnya. Dengan langkah kecil dia berlari menuju ke meja makan

Raisya duduk dan makan dengan berselera tetapi dalam masa yang sama dia bingung kerana Encik Ambri dan Puan Rose menangis

"Kenapa nangis depan rezeki?" Tanya Raisya sambil memandang Puan Rose dan Encik Ambri bersilih ganti. Bibir comelnya di muncungkan

Encik Ambri dan Puan Rose hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala

Selepas selesai menjamu selera, mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil melihat cartoon kegemaran Raisya

"Isya..." Panggil encik Ambri dengan lemah

"Ye abah" Jawab Raisya 

"Isya kena jadi anak yang baik ye... lepas ni isya kena kuat, Isya kena belajar untuk kuat tanpa abah. Walau apa pun yang isya buat, isya jangan mengalah kalau itu demi kebaikan Isya sendiri" Pesan Encik Ambri berselang dengan batuk

"Kenapa abah cakap macam ni? Pelik la" Raisya yang kebingungan lantas berpindah duduk di atas peha Encik Ambri

Wajah Encik Ambri disentuh dan di cubit. Encik Ambri pasrah

"Tak ada la. Abah cuma pesan je dekat anak abah yang manja ni" Ucap Encik Ambri sambil mengusap rambut Raisya

Raisya terus memeluk erat tubuh Encik Ambri bagaikan tidak mahu berenggang

"Isya sayang abah. Sayang sangat-sangat" Ucap Raisya di dalam pelukan Encik Ambri

Puan Rose yang berada di situ hanya menahan sebak sahaja

Encik Ambri membalas pelukan tersebut. Atas kepala anaknya di kucup buat kali yang terakhir

"Abah pun, sayangkan anak abah. Sampai bila-bila, anak abah akan sentiasa ada dalam hati abah"

Raisya hanya diam. Dia hanya fokus memeluk erat tubuh Encik Ambri

"Isya, abah nak pergi tidur sekejap. Isya tengok tv ni seorang-seorang boleh ke?"

Raisya mengangguk. Wajah Encik Ambri di cubit  dan di kucup

Encik Ambri mengangkat dam meletakkan Raisya di sebelahnya sebelum dia bangun dan terus melangkah pergi ke bilik

Puan Rose juga mengikuti langkah Encik Ambri daripada belakang. Raisya hanya melihat pemergian mereka dan terus kembali melihat tv dengan kusyuk

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now